/ /

Thursday, September 24, 2009

SALAM AIDILFITRI

Salam Aidilfitri buat semua. Dikesempatan ini aku nak mohon ampun dan maaf sepanjang berblog ni mana tahu kalo ada yang menyinggung rasa anda semua. Aku juga mohon maaf sebab dah lama giler aku tak update. Dan terima kasih atas keprihatinan korang sebab masih ada yg sudi bertanya khabar.
.
Sebenarnya aku baik2 ajer.. kesihatan sangat2 baik kalo tak percaya tengok la gambo aku yang terlatest ni.. sihat kan. walaupon puasa still x dpt nak turun berat aku. Cuma ada sikit masalah teknikal yg menghalang aku utk berblog secara tegarnya.. insyaAllah biler semuanya ok aku akan kembali berblog macam biasa cuma masa dan ketika nya tak dapat dijanjikan.
.
Untuk kali ini aku sajikan kat korang sekitar aidilfitri pertama dan kedua aku ye.
- Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Khas Lysha n Family... -

.- ni plak ucapan Selamat Hari Raya versi Little Rescals from Naylie n kazens -

- kami dah ready nak menerjah rumah sedara mara... jom.. -
.
- ni kat rumah salah sorang sedara yg diterjah pada hari raya pertama (malam) -

.

- hari raya kedua dah balik ke Selangor.. Naylie possing kat kolam ikan atuk nyer di Ijok, Kuala Selangor.. dah alang2 kuar gambo dia nak tya la kat korang.. korang rindu tak dgn aksi budak ni.. skrg dia makin nakal dan banyak cakap. suka menari tak kira kat mana walau apa pon majlis.. rambut dah kena potong so yg kerinting tu dah takde dah.. dan yg paling aku tak boleh terima dia asyik letak telinga kat perot aku. dia ingat aku pregnant. chet!!! nampak sangat mama dia kena diet.. huhu -
.
Kalo makan kuih raya jgn lupakan daku okeisss.... sampai jumpa lagi.. ;)

Sunday, July 19, 2009

Buaian Alaf Baru... Jgn Tiru Aksi Ini..


Muka kena maintain mcm tak buat apa2 salah ok.. selagi tak runtuh langsir tu selagi tu la dia bergayut kat situ.. aih dah x larat nak marah.. anak tekak dah kecut.. huhu..

Tuesday, July 14, 2009

HANTU

'Hantu ada hantu mana hantu mana mana... '
.
Wah.. dah lama tak update tetiba plak citer pasal hantu ni. Sebenarnya aku tertarik dengan satu siri motivasi yang aku dengar dekat radio berkenaan dengan hantu yang disampaikan oleh Dr. HM Tuah Iskandar. Yelah sekarang ni hantu lagi glamer n lagi cun dari manusia. Mana-mana stesen tv dan hampir setiap hari akan menayang kan cerita hantu. Tak cukup kat tv kat layar perak juga orang berlumba2 menghasilkan filem hantu untuk mendapat kutipan 'kotak pejabat'. X kisahlah apa cara sekalipon orang akan lakukan untuk mendapatkan rezeki. Yang penting tidak menyimpang dan melanggar aqidah.
.
Biler disebut pasal hantu, jgnkan budak2 kita yg dewasa ni pon sedikit sebanyak akan meremang jika melalui kawasan yg sering dikaitkan dengan hantu ni mcm tanah perkuburan, rumah tinggal dan kawasan yg sering berlaku kemalangan maut. Tapi dalam sedar atau tidak, sebenarnya kita sedang mempengaruhi minda kita supaya takut makhluk yang juga ciptaan Allah. Bukan la niat aku nak 'cakap besar' nanti ada pulak yg doakan aku jumpa dgn hantu.. aih mintak simpang la yer.. tetapi melalui respon pendengar pada siri ini juga ada mengatakan bahawa, hantu, pontianak, langsuir, pocong dan sebagainya hanyalah nama komersial yg diberikan oleh org2 terdahulu. Bak kata pepatah nama glamer kepada makhluk yang keujudannya juga diceritakan dalam Al Quran iaitu,... syaitan.
.
Melalui sejarah syaitan ini juga merupakan malaikat pada asalnya yg telah dilaknat oleh Allah hanya kerana melanggar satu (1) dari 6666 ayat Allah. Iaitu tidak tunduk pada Adam. sedangkan 1 ayat yg dilanggar oleh syaitan dia terus dilaknat malah bersumpah akan menyesatkan umat nabi Adam. Bagaimana pula kita manusia.. berapa agaknya ayat2 Allah yg kita langgar?? (menginsafi diri sendiri juga,.. )
.
Suka aku nak review satu atau 2 sebenarnya ayat dalam Al-Quran iaitu surah An-nahl (16) ayat 99 dan 100 yang bermaksud.
.
99) Sesungguhnya syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakkal kepada Allah.
.
100) Sesungguhnya kekuasaannya (syaitan) hanyalah atas orang-orang yang mengambilnya menjadi pemimpin dan atas orang-orang yang mempersekutukan Allah.
.
Jadi dari 2 ayat ni jelas menunjukkan sekiranya kita dihantui oleh syaitan dan kita takut kepadanya dengan mudah syaitan akan menakluk manusia. Sama-samalah kita renungkan.
.
Jadi diakhir siri motivasi ini Dj radio berkenaan ada berkata.. "kenapalah masa kita kecik2 @ kita selalu cakap dengan anak2.. kamu pegilah sana tu.. sana ada hantu... dan budak2 akan takut. Tetapi kenapa kita tak didik mereka dengan berkata.. jangan buat perkara ni.. Allah nampak nnt kamu akan diazab.. " maknanya kita sendiri telah di didik dari kecik supaya takut hantu....
.
* sekadar untuk renungan bersama...
* jgnkan org lain aku pon kalo Naylie dah degil sgt aku cakap jugak.. ada keliwon.... padahal keliwon tu mlm jumaat... huhu

Saturday, July 4, 2009

Like Mother Like Daughter :D

Ewah,.. cantek benor gambo kaki kat atas tu kan. yang nyatanya tu bukan kaki aku..



Bulat giler la muka aku.. Ramai org kata muka Naylie mcm muka aku masa kecik2. Tp aku rasa dia byk ikut muka Bie tp tang hidung dengan mata tu mmg ikut aku la.. .
.
Aku nak story pasal scarf (aku biasa panggil serkup) yg aku n Naylie pakai tu sebenarnya. Aku br jer beli kat satu gedung kat tempat aku ni pastu ada satu insiden yg kelakar la bg aku..
.
Citernyer mcm ni.
.
Masa aku tgh pilih memilih serkup ni dekat kwsn tgh gedung ni diorg susun minyak masak yg dalam paket tu sambil tag harga tertulis RM1.60 . Murah giler biasa aku beli RM2.50 sepeket lg pon stok minyak aku kat umah dah hampir habis alang2 baik aku beli. Pastu dia ada gantung tulisan tulis
.
'Dengan Pembelian RM 20 layak membeli minyak masak ini dengan harga RM1.60 untuk satu peket dan seterusnya'
.
Pada firasat aku agaknyer kalo beli x sampai RM20 hrga minyak ni mcm biasa kot. Ok x pelah aku ambik jugak dah alang2 ada depan mata kan x yah la aku singgah kedai lg nanti.
.
2 helai serkup harganya RM4.60 jd x sampai la RM20 pastu cashier tu cakap.
.
'Kak nak beli minyak ni kena beli RM20 kalo tak x boleh beli'
dengan muka selamba dia ambik balik minyak tu and letak balik kat tempat dia. Ikutkan hati nak ajer aku blah tanpa beli satu brg pon. Tapi mungkin aku yg salah faham dengan tulisan tu kot. Bengang tetap gak bengang tp biar jelah.
.
Keluar dari gedung tu aku x cakap apa2 tp Bie berbunyik jugak dia kata 'Ada ke org berniaga mcm ni???' aku just jawab 'Patutla kedai dia xde orang'....
.
Kalo korang mcm mana? ke memang aku yg salah faham??

Wednesday, July 1, 2009

Wedding, Exam & Interview

Lama aku sepi sebab last week cousin aku kawen. Ramai pok cik2 dan mok cik2 menyerbu umah aku sebab umah cousin aku ni satu taman dengan umah aku and umah makcik aku yg sorg lagi. so umah aku jadi salah satu hotel persinggahan diorg. Jadi adalah sgt tak manis biler tetamu datang aku berblog secara senyap di dalam bilik kan,.. lg pon anak2 kecil amat la ramai jd akan menjadi satu perebutan biler aku menayangkan gajet aku.. huhu..
.
.

One more plzzz... ni la cousin aku Miza. dia tua setahun dari aku. Serious time ni aku x byk menyenap sebab ramai sgt photographer 'pro' so.. esok2 aku mintak jer kat diorg. :D

Tahniah Miza and husband dia Wan. moga bahagia ke akhir hayat..

So settle bab wedding. Ni pasal exam plak 7 julai ni 1st time aku akan menduduki exam PTK so aku rasa very the nebes. Aku mentelaah la apa yg patut. tp x la mentelaah sangat. Ala kadar jer.. itupon dgn pertolongan opis mate aku diorg ada bg tips2 soalan yg selalu kuar. and mana yg diorg pro diorg akan syer. so sikit2 tu InsyaAllah boleh la lekat dlm memory ni.. korang doakan kejayaan aku yer.. cheewwaaaahhh..:)

Lagi satu ialah interview. Aku dapat tawaran utk di interview bg jawatan bergred N27 pada 22 Julai ni.. skrg ni gred aku W17 jer. so ni peluang utk aku maju setapak. Tp mcm biasa nebes menguasai segalanya. Bagi korang yg kini berjawatan gred N27 atau penah di interview untuk gred ni syer la dengan aku apa yg patut yer.. terutamanya soalan2 yg biasa sangat diorg tanya. Boleh la aku buat persediaan apa yg patut... yg ni pon aku mngharapkan bantuan dan doa korang jugak yer... tanpa anda siapalah saya.. huhuhu...

So aku ucapkan terima kasih in advance bg segala budi baik korang yer... :)

Tuesday, June 30, 2009

Apa Yang Ada Di Sini??

Ala.. story ni dah basi la.. tp sebab dah lama ada dlm simpanan so aku kuarkan jugak la. pas entry ni aku story mana aku menghilang selama ni okeis!!
.
.
Ni adalah aktiviti2 yang berlangsung semasa Hari Keluarga PDRM aritu.. punyer la lama tersimpan. korang jgn boring ok layan jer tau,.. hehehe..
.
Selepas VIP dtg dan lagu Negaraku dinyanyikan penonton disajikan dengan persembahan lakonan penculikan yg dilakonkan oleh pegawai dan anggota PDRM bersama beberapa org pelakon. Keadaan mmg suspen la biler ada tembak menembak dan sepak menyepak..
,
Kemudian diselitkan dengan beberapa persembahan. Yang di persembahan dari skuad komando.



Kemudian pendaratan penerjun2 payung terjun. Ada 8 penerjun yg terlibat. Semua selamat landing tp ada sorg terlanding kat belakang pentas.. suspen wooo..



Bawah ni plak antara peralatan2 polis yg di pamerkan.

Ni la sharp shooter yg paling wanted.. tolong la.. adik aku yg perasan. ada hati nak jd sharp shooter.. kalo ko dapat shoot shark pon dah cukup bangga tau.. huhu




Ini adalah robot pemusnah bom.. senang x yah pakai manusia kalo meletop pon bom tu robot yg kena....



Heli yg menjadi tumpuan ramai.


'aku berjaya menjinakkan kuda... ' ayat adik aku yg tahap gaban perasannyer.. yelah dah muka ko pon sama dgn kuda tu.. dia ingat adik dia.. huhu,...



Motor polis trafik yg baru.. menjadi idaman mat2 rempit. pasni ramai la mat rempit jd polis trafik.. huhu ..


Ni jugak menjadi tumpuan. Kereta misubishi evo 10 special edition. Kereta polis yg baru. pasni x dpt la penjenayah bg polis makan asap lagik...

OK tu jer.. abis..

Monday, June 22, 2009

Aku berBZ di Titiwangsa

Mari2 korang sumer aku nak story pasal aktiviti bzness aku di Hari Keluarga PDRM. Entry kali ni aku citer pasal bisnes aku dulu ye, pasnie aku story plak pasal aktiviti Hari Keluarga tu ok!..


Macam yg aku bg tau
sebelum ni aku bukak gerai burger tp harga yg aku senaraikan sebelum ni terpaksa di naikkan sebab harga brg yg melambung tinggi.. bkn aku tamak yer... pastu minuman aku terpaksa cancel kan dari menu pasal x de ruang nak letak dalam keta penoh giler.. nak carik van dah x sempat dah.. aku just dpt pinjam avanza my uncle jer.. seb baik 2 orang kanak2 o.k.u kazen aku yg sudi tolong kecik jer.. so boleh la menyelit..


- adik aku, Akam and asben aku tengah menghanguskan burger n hot dog.. di awal pagi masih boleh bekerja dgn lemah lembut dan sopan santun.. biler tengahari aku rasa mcm tgn aku ada lebih dari dua,.. kena serang uolsss... sampai ada satu kejadian aku terlupa letak daging burger.. seb baik org tu perasan aku bungkus roti jer.. ampun abang polis.. saya tak sengaja... -

- kerepek merepek yg sold out!.. alhamdulillah.. abis jugak.. -

- kazen aku yg berumor 12 17 tahun.. Shera ada hati nak masuk sukaneka utk kanak2 12 tahun ke bawah.. tp kalo masuk pon org x tau yg umor ko 17 tahun .. biler tah nak beso.. huhu.. -




- ini lg sorg kazen aku. Afiq anak pakcik aku empunya avanza.. so thanx to both of u sbb sudi tolong k.ngah aritu yer.. -

- eh??? ada hamper??? ni lagi satu rezeki kebetulan dapat cabutan bertuah.. merasa la kitorg hamper berisi cokelat dlm tu.. -
.
so hasilnyer alhamdulillah.. nak kata lumayan tu tak lah sgt tp boleh dikatakan berbaloi la.. tp still x cukup la nak buat raya kena carik alternatif lain lg nih.. he he he..