Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts

Tuesday, July 14, 2009

HANTU

'Hantu ada hantu mana hantu mana mana... '
.
Wah.. dah lama tak update tetiba plak citer pasal hantu ni. Sebenarnya aku tertarik dengan satu siri motivasi yang aku dengar dekat radio berkenaan dengan hantu yang disampaikan oleh Dr. HM Tuah Iskandar. Yelah sekarang ni hantu lagi glamer n lagi cun dari manusia. Mana-mana stesen tv dan hampir setiap hari akan menayang kan cerita hantu. Tak cukup kat tv kat layar perak juga orang berlumba2 menghasilkan filem hantu untuk mendapat kutipan 'kotak pejabat'. X kisahlah apa cara sekalipon orang akan lakukan untuk mendapatkan rezeki. Yang penting tidak menyimpang dan melanggar aqidah.
.
Biler disebut pasal hantu, jgnkan budak2 kita yg dewasa ni pon sedikit sebanyak akan meremang jika melalui kawasan yg sering dikaitkan dengan hantu ni mcm tanah perkuburan, rumah tinggal dan kawasan yg sering berlaku kemalangan maut. Tapi dalam sedar atau tidak, sebenarnya kita sedang mempengaruhi minda kita supaya takut makhluk yang juga ciptaan Allah. Bukan la niat aku nak 'cakap besar' nanti ada pulak yg doakan aku jumpa dgn hantu.. aih mintak simpang la yer.. tetapi melalui respon pendengar pada siri ini juga ada mengatakan bahawa, hantu, pontianak, langsuir, pocong dan sebagainya hanyalah nama komersial yg diberikan oleh org2 terdahulu. Bak kata pepatah nama glamer kepada makhluk yang keujudannya juga diceritakan dalam Al Quran iaitu,... syaitan.
.
Melalui sejarah syaitan ini juga merupakan malaikat pada asalnya yg telah dilaknat oleh Allah hanya kerana melanggar satu (1) dari 6666 ayat Allah. Iaitu tidak tunduk pada Adam. sedangkan 1 ayat yg dilanggar oleh syaitan dia terus dilaknat malah bersumpah akan menyesatkan umat nabi Adam. Bagaimana pula kita manusia.. berapa agaknya ayat2 Allah yg kita langgar?? (menginsafi diri sendiri juga,.. )
.
Suka aku nak review satu atau 2 sebenarnya ayat dalam Al-Quran iaitu surah An-nahl (16) ayat 99 dan 100 yang bermaksud.
.
99) Sesungguhnya syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakkal kepada Allah.
.
100) Sesungguhnya kekuasaannya (syaitan) hanyalah atas orang-orang yang mengambilnya menjadi pemimpin dan atas orang-orang yang mempersekutukan Allah.
.
Jadi dari 2 ayat ni jelas menunjukkan sekiranya kita dihantui oleh syaitan dan kita takut kepadanya dengan mudah syaitan akan menakluk manusia. Sama-samalah kita renungkan.
.
Jadi diakhir siri motivasi ini Dj radio berkenaan ada berkata.. "kenapalah masa kita kecik2 @ kita selalu cakap dengan anak2.. kamu pegilah sana tu.. sana ada hantu... dan budak2 akan takut. Tetapi kenapa kita tak didik mereka dengan berkata.. jangan buat perkara ni.. Allah nampak nnt kamu akan diazab.. " maknanya kita sendiri telah di didik dari kecik supaya takut hantu....
.
* sekadar untuk renungan bersama...
* jgnkan org lain aku pon kalo Naylie dah degil sgt aku cakap jugak.. ada keliwon.... padahal keliwon tu mlm jumaat... huhu

Saturday, April 25, 2009

Bahaya Ni!

Setiap pagi kan aku duduk kat bus stop menunggu kawan aku yg aku tumpang keta dia tu kan,.. and setiap pg jugak aku selalu akan lihat benda yang tak sedap langsung mata memandang. Situasi ini bukan sahaja merbahayakan diri sendiri tetapi jugak orang lain. Tapi manusia ni memang selagi tak kena kat diri sendiri, selagi tu lah diorang akan lakukan perkara yang merbahayakan, bila dah jadi baru nak menyesal kan tak guna,..
.
Jadi korang tengok la aksi2 extreme ni.. huuu bahaya tol!


Ha,.. nampak tak sorg mak ni bwk 3 org anak dia naik motor.. tujuan dia murni nak anta anak g sekolah menuntut ilmu pastu agaknyer x de sapa nak jaga yang lagi sorang tu kat rumah so dia angkut sekali tp nampaknyer dia sorg jer yg nak selamat sebab dia jer yg pakai helmet anak2 dia yg 3 org tu x pakai helmet pon lepas tu korg nampak tak kat mana dia berenti?? kat tengah2 jalan.. Kat pembahagi jalan tu.. sebab apa dia benti kat situ?? korang tgk gamba kat bwh ni plak
.

dia buat u turn kat sini.. dah la tempat dia u turn tu lorong kanan kete mmg laju2 kat situ sebab x de traffic light. Sebenarnya lebih kurang 500 meter di hadapan dan di belakang ada tempat untuk diorg u turn dengan selamat tetapi diorg ni tetap nak merbahayakan diri.. sebenarnya bukan akak ni sorg jer yg buat u turn kat sini malah ramai penunggang motosikal yang buat aksi yang sama.
.

Budak sekolah ni pon sama.. tengok tu ada bas nak lalu.. bas ni pon laju tau,.. yelah lorng kanan kan kenderaan laju2.. haih.. kenapa la diorg ni x sygkan nyawa?? bkn senang nak melahirkan seorang manusia ke muka bumi tp biler dah diberi peluang kenapa perlu disia2 kan begini???