Thursday, May 17, 2012

PUDING

Sekarang aku sedang berjinak-jinak dengan aktiviti membuat puding pelangi. Kalau ada sesiapa yang berminat boleh la order.. harga murah sahaja RM20.00 untuk satu loyang bagi kawasan sekitar Klang dan Shah Alam.. warna adalah mengikut pilihan pelanggan..


Puding Pelangi Biasa

Puding Pelangi Bercorak

Puding Pelangi Bulat 


Thursday, April 19, 2012

Battleship La Pulok


Aritu kemain promosi konon-konon nak tengok Titanic versi 3D kan,. tapi lepas baca beberapa review dan minta pandangan beberapa kaki wayang akhirnya niat itu dibatalkan dan pilihan cerita yang nak ditonton aku serahkan pada Bie untuk buat keputusan. Dengan pantas dia cakap BATTLESHIP.. so layan je la.

Tak rugi menonton cerita ni. Penuh dengan aksi.. bagi yang belum menonton dan tak tau nak tengok citer apa BATTLESHIP adalah pilihan yang tepat.. Selamat menonton.

Thursday, April 12, 2012

You Jump I Jump



Teringin sangat nak kembalikan nostalgia 14 tahun lepas. Kalo dulu tengok citer ni time solo sekarang ni teringin la layan emosi dengan teman sejiwa kannn. Aku ingat lagi tengok movie ni kat wayang, separuh citer aku layan sorang2 pasal kazen yang menemani aku tu ada hal urgent.. dah tengok sorang2 terpaksa la pendam perasaan sorang2 kalo ada geng tu tak la malu nak meleleh kan.. hiks.. 

Yang versi 3D ni dah mula tayang 4 April yang lalu jadi masih lagi ada peluang kalo nak pegi tengok sepanjang minggu ni. Sampai bila tayangannya aku pon tak pasti. Jadi jangan lepaskan peluang dan selamat menonton!.. 

Friday, March 16, 2012

Masa Bergumbira

Pembukaan cuti sekolah ni aku bagi peluang untuk Naylie bergembira apabila dia terpilih untuk menghadiri Birthday Party Barbie di Barbie Store Malaysia, Midvalley Megamall. 







Happy biler tengok orang yang disayang happy,.. nak bawak pegi bercuti or bergumbira di taman tema masa belum mengizinkan.. asalkan dia ada sedikit kenangan yang menggembirakan untuk dipahat di ingatannya rasanya sudah memadai..

* gambar diambil dari facebook barbie store malaysia.. *

Thursday, January 12, 2012

Sudah Kontot

Gambar Sebelum


Gambar Selepas

Ni sumer bukan aku yg minta.. tp nasib baik Naylie terima dgn hati yg sgt berbunga kembang.. Dah lama dia idam2kan rambut mcm ni cuma aku n Bie je yg xbaper bekenan... akhirnya disebabkan kesilapan tukang gunting rambut berjaya juga Naylie dapat rambut idamannyer.. 

Wednesday, January 4, 2012

Kembali Seperti Biasa

Hari bermulalah segala2nya seperti biasa,.. bangun pagi, anta Naylie umah mak, anta anak buah g skola, g keje, balik keje ambik naylie, balik umah, ngemas + masak (kalo rajin selalunya xrajin :p), sediakan barang-barang untuk ari esok dan tido... esok mcm tu jugak..... yg penting jalan kembali JEM... 


(hampir 2 bulan bersenang lenang pagi ni terasa kelam kabut sampai muka langsung xmake up jgn kata lipstik bedak pon xtepek paling sadis beg make up tertinggal... aduhaiiiii..... )

Friday, December 30, 2011

Senarai Harapan 2012

Sebelum cerita pasal senarai harapan aka wishlist ni nk tanya la sket korang senang tak dapat kalendar 2012 lagi2 yang kuda tu?? Aku tak tahu la kalo syarikat2 sekarang ni nak cut cost so diorg dah tak menderma kalendar kat customer diorg.. Kalau tak tu sampai hujung tahun berduyun kalendar datang tapi tahun ni aku sampai pegi membeli kalendar kuda tu.. dasat lah!

Ok sebelum cerita 2012 aku nk recall sket pasal 2011.. hmm.. 
- life aku simple je tahun ni nak kata sesak sangat tu kadang2 sampai jugak timenyer lebih2 lagi naylie baru masuk sekolah so bajet lebih tertumpu pada persekolahan dia, 


- lepas tu dalam family ada berlaku kekecohan yang x terduga antara aku n adik aku gara2 orang yang langsung tak diundang sekarang ni aku mengambil langkah mendiamkan diri, 
- anak ke dua masih belum muncul tapi perancangan sudah mula disusun rapi cuma rezeki belum diizinkan Allah, 

- oopss yg kecik ni bukan anak aku ni anak kakak aku -

- aku reg. satu company sebagai permulaan untuk support kewangan kami sekeluarga.. untuk permulaan ni aku buat secara sambilan je.. insyaAllah akan menseriuskan diri sedikit demi sedikit.
- aku explore benda baru dalam diri Naylie dia sangat suka bergaya dan dia berpeluang menjadi salah sorang model untuk Barbie Store Grand Opening... aku bukan galakkan anak aku untuk jadi model tetapi aku bg dia peluang untuk merasai apa yang aku tak dapat rasai di usia dia.. dengan cara ni jugak dia semakin bijak membawa diri.


- dari segi kerja Alhamdulillah, aku telah lulus beberapa siri exam yang aku duduki jadi aku harap ia membawa rezeki yang baik untuk tahun 2012. 
- hmm.. apa lagi ek? yg lain biasa2 je kot.. so kita citer pasal 2012 plak la ye

Bercakap pasal wishlist sebenarnya terlalu banyak yang aku inginkan terutama dari segi kebendaan tetapi apa yang paling penting aku kena ubah diri aku dulu antaranya:

- kurangkan bercakap banyakkan berfikir
- kurangkan bergossip banyakkan bekerja
- kurangkan melahar banyakkan beristighfar
- kurangkan berstatus emo di fb banyakkan bersabar
- kurangkan lemak dibadan... hapuskan lagi bagus kot ekekek
- kurangkan berbelanja... lebihkan menabung (perlukan disiplin yang sangat tinggi)
- tingkatkan perasaan sayang pada orang sekeliling (sebelum ni bukan tak sayang tapi kena lebihkan lagi sebab aku tau org sekeliling sayang kat aku.. hehe perasan lah!)
- yang paling penting kena laksanakan misi yang terlalu ingin dicapai.. insyaAllah


Selamat Menyambut Tahun Baru 2012 semoga hari ini lebih baik dari semalam .. (tetiba terbayang filem 2012....)