Sebelum cerita pasal senarai harapan aka wishlist ni nk tanya la sket korang senang tak dapat kalendar 2012 lagi2 yang kuda tu?? Aku tak tahu la kalo syarikat2 sekarang ni nak cut cost so diorg dah tak menderma kalendar kat customer diorg.. Kalau tak tu sampai hujung tahun berduyun kalendar datang tapi tahun ni aku sampai pegi membeli kalendar kuda tu.. dasat lah!
Ok sebelum cerita 2012 aku nk recall sket pasal 2011.. hmm..
- life aku simple je tahun ni nak kata sesak sangat tu kadang2 sampai jugak timenyer lebih2 lagi naylie baru masuk sekolah so bajet lebih tertumpu pada persekolahan dia,
- lepas tu dalam family ada berlaku kekecohan yang x terduga antara aku n adik aku gara2 orang yang langsung tak diundang sekarang ni aku mengambil langkah mendiamkan diri,
- anak ke dua masih belum muncul tapi perancangan sudah mula disusun rapi cuma rezeki belum diizinkan Allah,
- oopss yg kecik ni bukan anak aku ni anak kakak aku -
- aku reg. satu company sebagai permulaan untuk support kewangan kami sekeluarga.. untuk permulaan ni aku buat secara sambilan je.. insyaAllah akan menseriuskan diri sedikit demi sedikit.
- aku explore benda baru dalam diri Naylie dia sangat suka bergaya dan dia berpeluang menjadi salah sorang model untuk Barbie Store Grand Opening... aku bukan galakkan anak aku untuk jadi model tetapi aku bg dia peluang untuk merasai apa yang aku tak dapat rasai di usia dia.. dengan cara ni jugak dia semakin bijak membawa diri.
- dari segi kerja Alhamdulillah, aku telah lulus beberapa siri exam yang aku duduki jadi aku harap ia membawa rezeki yang baik untuk tahun 2012.
- hmm.. apa lagi ek? yg lain biasa2 je kot.. so kita citer pasal 2012 plak la ye
Bercakap pasal wishlist sebenarnya terlalu banyak yang aku inginkan terutama dari segi kebendaan tetapi apa yang paling penting aku kena ubah diri aku dulu antaranya:
- kurangkan bercakap banyakkan berfikir
- kurangkan bergossip banyakkan bekerja
- kurangkan melahar banyakkan beristighfar
- kurangkan berstatus emo di fb banyakkan bersabar
- kurangkan lemak dibadan... hapuskan lagi bagus kot ekekek
- kurangkan berbelanja... lebihkan menabung (perlukan disiplin yang sangat tinggi)
- tingkatkan perasaan sayang pada orang sekeliling (sebelum ni bukan tak sayang tapi kena lebihkan lagi sebab aku tau org sekeliling sayang kat aku.. hehe perasan lah!)
- yang paling penting kena laksanakan misi yang terlalu ingin dicapai.. insyaAllah
Selamat Menyambut Tahun Baru 2012 semoga hari ini lebih baik dari semalam .. (tetiba terbayang filem 2012....)
No comments:
Post a Comment