Showing posts with label Myself. Show all posts
Showing posts with label Myself. Show all posts

Friday, December 30, 2011

Senarai Harapan 2012

Sebelum cerita pasal senarai harapan aka wishlist ni nk tanya la sket korang senang tak dapat kalendar 2012 lagi2 yang kuda tu?? Aku tak tahu la kalo syarikat2 sekarang ni nak cut cost so diorg dah tak menderma kalendar kat customer diorg.. Kalau tak tu sampai hujung tahun berduyun kalendar datang tapi tahun ni aku sampai pegi membeli kalendar kuda tu.. dasat lah!

Ok sebelum cerita 2012 aku nk recall sket pasal 2011.. hmm.. 
- life aku simple je tahun ni nak kata sesak sangat tu kadang2 sampai jugak timenyer lebih2 lagi naylie baru masuk sekolah so bajet lebih tertumpu pada persekolahan dia, 


- lepas tu dalam family ada berlaku kekecohan yang x terduga antara aku n adik aku gara2 orang yang langsung tak diundang sekarang ni aku mengambil langkah mendiamkan diri, 
- anak ke dua masih belum muncul tapi perancangan sudah mula disusun rapi cuma rezeki belum diizinkan Allah, 

- oopss yg kecik ni bukan anak aku ni anak kakak aku -

- aku reg. satu company sebagai permulaan untuk support kewangan kami sekeluarga.. untuk permulaan ni aku buat secara sambilan je.. insyaAllah akan menseriuskan diri sedikit demi sedikit.
- aku explore benda baru dalam diri Naylie dia sangat suka bergaya dan dia berpeluang menjadi salah sorang model untuk Barbie Store Grand Opening... aku bukan galakkan anak aku untuk jadi model tetapi aku bg dia peluang untuk merasai apa yang aku tak dapat rasai di usia dia.. dengan cara ni jugak dia semakin bijak membawa diri.


- dari segi kerja Alhamdulillah, aku telah lulus beberapa siri exam yang aku duduki jadi aku harap ia membawa rezeki yang baik untuk tahun 2012. 
- hmm.. apa lagi ek? yg lain biasa2 je kot.. so kita citer pasal 2012 plak la ye

Bercakap pasal wishlist sebenarnya terlalu banyak yang aku inginkan terutama dari segi kebendaan tetapi apa yang paling penting aku kena ubah diri aku dulu antaranya:

- kurangkan bercakap banyakkan berfikir
- kurangkan bergossip banyakkan bekerja
- kurangkan melahar banyakkan beristighfar
- kurangkan berstatus emo di fb banyakkan bersabar
- kurangkan lemak dibadan... hapuskan lagi bagus kot ekekek
- kurangkan berbelanja... lebihkan menabung (perlukan disiplin yang sangat tinggi)
- tingkatkan perasaan sayang pada orang sekeliling (sebelum ni bukan tak sayang tapi kena lebihkan lagi sebab aku tau org sekeliling sayang kat aku.. hehe perasan lah!)
- yang paling penting kena laksanakan misi yang terlalu ingin dicapai.. insyaAllah


Selamat Menyambut Tahun Baru 2012 semoga hari ini lebih baik dari semalam .. (tetiba terbayang filem 2012....)

Wednesday, December 28, 2011

Joget Lambak

Best jugak joget lambak ni kan,.. masa ni la kita dapat tengok ke sporting an sedara mara kita dan aku sangat tak sangka rupanya sedara mara aku malah nenek jugak sangat sporting..

Sebelum ni aku tak pernah berjoget lambak jadi malam keramat tu telah membuatkan aku memecahkan tradisi. Entah macam mana tengah aku dok melanguk tengok memasing berjoget suami aku yang sebelum ni lepak dengan sepupu spare part sepapat dia boleh datang dekat aku n ajak berjoget aku yg malu2 mula2 xnak la,.. bukan apa saya ni pemalu huhu.. tapi lepas didesak oleh nenek nya maka nya aku dengan keadaan kontrol ayu masuk jugak la ke dalam gelanggang joget dan tetiba ramai pula sedara mara ipar duai yang join sekaki syook sekali.. tapi keseronokan tu bertahan untuk seketika je ni sumer gara2 dj yang ditempah khas tu memutarkan lagu2 untuk belia remaja ala2 lagu shuffle tu.. mana masuk dengan jiwa makcik yang layan lagu 50 an jew.. terus aku ajak suami keluar gelanggang dan sekadar mejamu mata melihat aksi anak2 muda mencucuk langit..

Agak2 dah boring anak aku pon dah ngantuk so aku ngajak la suami aku balik.. Macam2 la soalan yang terbuku pasal joget lambak ni aku ajukan pada suami aku tambahan sepanjang usia perkahwinan kami ni lah pertama kali sedara mara dia buat joget lambak di majlis perkahwinan.. menurutnya dulu xgunakan dj dulu guna band pastu xsemua kenduri ada joget lambak sebab nak kendalikannya mahal.. 

Malam tu aku tidur senyum je bila teringat saat2 suami aku ajak menari hiks.. blh tahan romantik jugak laki aku ni.. ekekek.. :p

Thursday, September 24, 2009

SALAM AIDILFITRI

Salam Aidilfitri buat semua. Dikesempatan ini aku nak mohon ampun dan maaf sepanjang berblog ni mana tahu kalo ada yang menyinggung rasa anda semua. Aku juga mohon maaf sebab dah lama giler aku tak update. Dan terima kasih atas keprihatinan korang sebab masih ada yg sudi bertanya khabar.
.
Sebenarnya aku baik2 ajer.. kesihatan sangat2 baik kalo tak percaya tengok la gambo aku yang terlatest ni.. sihat kan. walaupon puasa still x dpt nak turun berat aku. Cuma ada sikit masalah teknikal yg menghalang aku utk berblog secara tegarnya.. insyaAllah biler semuanya ok aku akan kembali berblog macam biasa cuma masa dan ketika nya tak dapat dijanjikan.
.
Untuk kali ini aku sajikan kat korang sekitar aidilfitri pertama dan kedua aku ye.
- Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Khas Lysha n Family... -

.- ni plak ucapan Selamat Hari Raya versi Little Rescals from Naylie n kazens -

- kami dah ready nak menerjah rumah sedara mara... jom.. -
.
- ni kat rumah salah sorang sedara yg diterjah pada hari raya pertama (malam) -

.

- hari raya kedua dah balik ke Selangor.. Naylie possing kat kolam ikan atuk nyer di Ijok, Kuala Selangor.. dah alang2 kuar gambo dia nak tya la kat korang.. korang rindu tak dgn aksi budak ni.. skrg dia makin nakal dan banyak cakap. suka menari tak kira kat mana walau apa pon majlis.. rambut dah kena potong so yg kerinting tu dah takde dah.. dan yg paling aku tak boleh terima dia asyik letak telinga kat perot aku. dia ingat aku pregnant. chet!!! nampak sangat mama dia kena diet.. huhu -
.
Kalo makan kuih raya jgn lupakan daku okeisss.... sampai jumpa lagi.. ;)

Saturday, July 4, 2009

Like Mother Like Daughter :D

Ewah,.. cantek benor gambo kaki kat atas tu kan. yang nyatanya tu bukan kaki aku..



Bulat giler la muka aku.. Ramai org kata muka Naylie mcm muka aku masa kecik2. Tp aku rasa dia byk ikut muka Bie tp tang hidung dengan mata tu mmg ikut aku la.. .
.
Aku nak story pasal scarf (aku biasa panggil serkup) yg aku n Naylie pakai tu sebenarnya. Aku br jer beli kat satu gedung kat tempat aku ni pastu ada satu insiden yg kelakar la bg aku..
.
Citernyer mcm ni.
.
Masa aku tgh pilih memilih serkup ni dekat kwsn tgh gedung ni diorg susun minyak masak yg dalam paket tu sambil tag harga tertulis RM1.60 . Murah giler biasa aku beli RM2.50 sepeket lg pon stok minyak aku kat umah dah hampir habis alang2 baik aku beli. Pastu dia ada gantung tulisan tulis
.
'Dengan Pembelian RM 20 layak membeli minyak masak ini dengan harga RM1.60 untuk satu peket dan seterusnya'
.
Pada firasat aku agaknyer kalo beli x sampai RM20 hrga minyak ni mcm biasa kot. Ok x pelah aku ambik jugak dah alang2 ada depan mata kan x yah la aku singgah kedai lg nanti.
.
2 helai serkup harganya RM4.60 jd x sampai la RM20 pastu cashier tu cakap.
.
'Kak nak beli minyak ni kena beli RM20 kalo tak x boleh beli'
dengan muka selamba dia ambik balik minyak tu and letak balik kat tempat dia. Ikutkan hati nak ajer aku blah tanpa beli satu brg pon. Tapi mungkin aku yg salah faham dengan tulisan tu kot. Bengang tetap gak bengang tp biar jelah.
.
Keluar dari gedung tu aku x cakap apa2 tp Bie berbunyik jugak dia kata 'Ada ke org berniaga mcm ni???' aku just jawab 'Patutla kedai dia xde orang'....
.
Kalo korang mcm mana? ke memang aku yg salah faham??

Wednesday, July 1, 2009

Wedding, Exam & Interview

Lama aku sepi sebab last week cousin aku kawen. Ramai pok cik2 dan mok cik2 menyerbu umah aku sebab umah cousin aku ni satu taman dengan umah aku and umah makcik aku yg sorg lagi. so umah aku jadi salah satu hotel persinggahan diorg. Jadi adalah sgt tak manis biler tetamu datang aku berblog secara senyap di dalam bilik kan,.. lg pon anak2 kecil amat la ramai jd akan menjadi satu perebutan biler aku menayangkan gajet aku.. huhu..
.
.

One more plzzz... ni la cousin aku Miza. dia tua setahun dari aku. Serious time ni aku x byk menyenap sebab ramai sgt photographer 'pro' so.. esok2 aku mintak jer kat diorg. :D

Tahniah Miza and husband dia Wan. moga bahagia ke akhir hayat..

So settle bab wedding. Ni pasal exam plak 7 julai ni 1st time aku akan menduduki exam PTK so aku rasa very the nebes. Aku mentelaah la apa yg patut. tp x la mentelaah sangat. Ala kadar jer.. itupon dgn pertolongan opis mate aku diorg ada bg tips2 soalan yg selalu kuar. and mana yg diorg pro diorg akan syer. so sikit2 tu InsyaAllah boleh la lekat dlm memory ni.. korang doakan kejayaan aku yer.. cheewwaaaahhh..:)

Lagi satu ialah interview. Aku dapat tawaran utk di interview bg jawatan bergred N27 pada 22 Julai ni.. skrg ni gred aku W17 jer. so ni peluang utk aku maju setapak. Tp mcm biasa nebes menguasai segalanya. Bagi korang yg kini berjawatan gred N27 atau penah di interview untuk gred ni syer la dengan aku apa yg patut yer.. terutamanya soalan2 yg biasa sangat diorg tanya. Boleh la aku buat persediaan apa yg patut... yg ni pon aku mngharapkan bantuan dan doa korang jugak yer... tanpa anda siapalah saya.. huhuhu...

So aku ucapkan terima kasih in advance bg segala budi baik korang yer... :)

Monday, June 22, 2009

Aku berBZ di Titiwangsa

Mari2 korang sumer aku nak story pasal aktiviti bzness aku di Hari Keluarga PDRM. Entry kali ni aku citer pasal bisnes aku dulu ye, pasnie aku story plak pasal aktiviti Hari Keluarga tu ok!..


Macam yg aku bg tau
sebelum ni aku bukak gerai burger tp harga yg aku senaraikan sebelum ni terpaksa di naikkan sebab harga brg yg melambung tinggi.. bkn aku tamak yer... pastu minuman aku terpaksa cancel kan dari menu pasal x de ruang nak letak dalam keta penoh giler.. nak carik van dah x sempat dah.. aku just dpt pinjam avanza my uncle jer.. seb baik 2 orang kanak2 o.k.u kazen aku yg sudi tolong kecik jer.. so boleh la menyelit..


- adik aku, Akam and asben aku tengah menghanguskan burger n hot dog.. di awal pagi masih boleh bekerja dgn lemah lembut dan sopan santun.. biler tengahari aku rasa mcm tgn aku ada lebih dari dua,.. kena serang uolsss... sampai ada satu kejadian aku terlupa letak daging burger.. seb baik org tu perasan aku bungkus roti jer.. ampun abang polis.. saya tak sengaja... -

- kerepek merepek yg sold out!.. alhamdulillah.. abis jugak.. -

- kazen aku yg berumor 12 17 tahun.. Shera ada hati nak masuk sukaneka utk kanak2 12 tahun ke bawah.. tp kalo masuk pon org x tau yg umor ko 17 tahun .. biler tah nak beso.. huhu.. -




- ini lg sorg kazen aku. Afiq anak pakcik aku empunya avanza.. so thanx to both of u sbb sudi tolong k.ngah aritu yer.. -

- eh??? ada hamper??? ni lagi satu rezeki kebetulan dapat cabutan bertuah.. merasa la kitorg hamper berisi cokelat dlm tu.. -
.
so hasilnyer alhamdulillah.. nak kata lumayan tu tak lah sgt tp boleh dikatakan berbaloi la.. tp still x cukup la nak buat raya kena carik alternatif lain lg nih.. he he he..

Sunday, June 21, 2009

Walau Sebentar Cuma.....

Mesti korang ingat aku nak story pasal aktiviti bzness aku masa hr keluarga PDRM tu kan,.. owh nampkanyer tekaan anda salah sama kali ni. Story kejadian mmg pada masa dan tempat berlangsungnya hari keluarga tu tp ini lebih hot bombastik mr. lova lova pyer citer yang mana aku telah bertemu.... bukan satu malah dua orang sekaligus blogger tegar.. iaitu.. jeng jeng jeng....

- Dee yang cute miut .. selalu tgk asyik org je jumpa dia atau pon dia jumpa org lain kan,.. kali ni aku plak dpt jumpa dia.. walaupon 1st time jumpa mcm dah biasa jumpa je kita kan,... mmg peramah n mesra tol lah!.. Dee, byk x snap gambo makanan hari tu?? huhu .. -
..
..
- and.. all the way from Jasin Melaka... Finee aka Mama Adam yg comel lote.. mmg sgt x sangka leh jumpa Finee kat sini. Keterujaan mmg sukar digambarkan lah! hehe -

Kalo dah jumpa2 an ni kan mesti ada prezy dr diorg cuma aku jer x bg diorg cenderahati. Cendera perot je aku bekalkan.. itu pon ala kadar jer.. ampun yer korang.. len kali kita jumpa dgn lebih proper. ni keadaan sgt x selesa..
.
.
- yang ni from Dee. Coklat tu utk Naylie katanyer.. balik jer rumah bg kat Naylie tp aku tak bg dia makan.. mcm sayang la pulak.. boleh?? hehehe -
.
.

- yg ni from Finee.. dah mcm dpt hamper plak. Macam2 makanan ada. Teddy Bear tu utk Naylie katanyer aku bg Naylie pegang kejap jer pastu terus gantung kat almari cermin. Kalo lama2 dia pegang takut jd Teddy penanggal lak.. sayang wooo.. huhu. Makanan pon masih belom berusik lagi.. tp aku make sure la sblm expired date dah abis.. x makan membazir lak kan,.. hehehe -

.

So,.. tima kasih banyak2 Dee n Finee sebab sudi dtg n carik sy kat situ. pastu siap bagi hadiah2 bagai. Sy mintak maaf banyak2 sebab korang kena tunggu sambil berdiri. X dapat nak layan n borak lama2 dengan keadaan yg begitu kan,.. Rasa tak puas sangat jumpa korang dengan keadaan mcm tu. Lain kali kita set utk dating betol2 la yer tanpa ada aktiviti yg mengganggu kelancaran pertemuan yg julung2 kali akan berlaku ni.. Korang berdua jgn serik yer nak jumpa sy...
.
And again Thank You Very Much.. Mmmuuaahhhxxx
.
* Kojah nyer gerai yg mana??? naper akk tak jumpa yer?? tah2 ada terserampak tp x perasan kan,.. hmmm *

Thursday, June 18, 2009

CAHAYA BURGER BOOTH

tada..... ni la dia rupa menu aku untuk hari keluarga PDRM nnt.. simple jer... hasil keje tangan aku n my opismate Azie.. (tq so much..)
.
Tima kasih pada korang2 yang sudi menyumbangkan idea untuk bg nama gerai aku..
.
Ramai yang bg suggestion soh letak CAHAYA .. so aku gabungkan sket idea2 tu so terhasil la...
,
CAHAYA BURGER BOOTH .... by logistic SMS <--- nama dept kena ado.. huhu
,
Jadi sekali lg aku war2kan bg yg berhampiran sudi2 kan lah menyinggah disini pada Sabtu 20 / 6 / 2009 antara jam 7 pg hingga 2 pm (kot!! hehe)..
,
ok.. jumpa di sanaaaaa,,....
,

Friday, June 12, 2009

Aktiviti hari ini... MEMBALAS DENDAM!!!

Zalim kan ayat aku.. memang aku zalim hari ni aku memang nak membalas dendam!!! siap la!!

Untk pengetahuan korang sekarang aku berada di lokasi untk membalas dendam.. sejak beberapa hari ni aku simpan je perasaan aku. smpai sakit kepala aku menanggung.. duduk tak kena berdiri tak kena.. akhirnya aku mengambil keputusan nekad. apa nak jadi jadilah. aku mesti melangsaikannyer arini jugak. dah tak boleh tunggu esok mahu pon lusa..

Jadi aku dah standby semua perkakasan.. ok semua ada.. siap sedia daaannnnn zzzzzzzzzz


hehehe .. hari ni aku cuti. memandangkan member yg aku tumpang kete dia tu cuti and Bie keje dr semalam aku malas nak nyusahkan dia balik umah ambik aku g keje plak or drive kete sendiri sebab minggu ni aku sgt2 kurang tido... jd aku ambik keputusan apply cuti arini sambil membalas dendam tido2 yg tertunggak.. siyes kepala aku dah naik sakit menahan tido. yg menjadikan masalahnyer biler malam mata ni xnak plak tido awal..

ok la.. aku nk melangsaikan hutang dulu.. sementara Naylie x bgn lg ni. Kang dia dah bangun x dpt aku nk mmbalas dendam lak.. jgn aku nak lelap dia bangun sudah la... huh.. nnt settle sesi ni aku buat lawatan sosial ke blog korang yer... daaaaa.... zzzzzzz kroh kroh...

Tuesday, June 9, 2009

EXAM!!

Esok gue exam!!! buku langsung tak baca... arrrggghhhh


Korang doakan la moga aku lulus yer.... mana tau berkat doa korang kan,....... ;)

Sunday, June 7, 2009

Geram.. Part2

Ini adalah sambungan entry Geram.. part 1
.
Makanya ni story masa kat kampung minggu lepas lah yer..





Ha.. nampak cili2 merah menyala.. aku geram menengoknyer.. dah byk dah pokok cili mak mertua aku. dia kata pokok yg tumbuh tu sumer sebab cili2 yg dah masak n x dipetik dia akan gugur n jadi benih tu yg byk tu pokok dia.. kalo umah aku ada kawasan gini kan best boleh bercucuk tanam.. ni depan belakang kena simen... nak tanam kat pasu x boleh mmbiak gini (heh alasan je,... huhu) pastu sebelum balik, aku apa lagi memetik la cili2 padi untuk menjadi santapan aku kat umah.. jd sepanjang minggu ini menu kita nasi goreng cili padi ye Bie,.. huhu

Tuesday, June 2, 2009

Camaner Nak Update ni???

Suker benor Naylie main game gold minor ni. Biler aku dah on lappy dia la org yg mula2 landing kat situ. Ni yang mmbuatkan keje2 menghapdet aku tergendala (boleh tak alasan ni???) last2 aku masuk kan gambo jer.. pastu kerja2 update aku buat kat opis.. boleh la kan.. daripada citer2 aku mmbasi di dlm hanpon baik aku kuarkan.. walaupon dah agak2 nak berkulat storynyer.. huhu..


"chabar ye chayang... " tulah ayat dia biler aku soh dia stop main game tu.. haih apa kan daya,....

Saturday, May 16, 2009

Gambo Dolu-dolu .. Tag from Dee

Aku telah di tag oleh Dee. Nak gambo masa kecik katanyer.. aku dah penah kuarkan entry pasal gambo aku dulu2 jadi aku malas nak selongkar muzium carik gambo lain so aku recycle balik gambo tu aci tak??? Lagi pon masa tu aku tak bgtau pon kat korang aku yg mana satu kan,.. jadi mari kita tengok...

A. SILA PAMERKAN GAMBAR ANDA KETIKA KECIL (MAXIMUM GAMBAR ADALAH 5 KEPING)

Ok dah dipamerkan.. and 3 keping jer.. so x lebih dari 5 kan,..
.
B. SILA PERIHALKAN GAMBAR TERSEBUT (CTH: TIKA@SEWAKTU BILA, DIMANA, OR ETC)
.
Gambar satu.
Masa ni aku belom setahun rasanya. ambik gambo kat kedai gambo..
.
Gambar dua
aku yang duduk dan kiri sekali. Cepatkan transformasi dari seorg baby yg agak comel kepada kanak2 yang kurus kering. Kalo tak salah masa ni malam raya. umur tak ingat. kakak aku yang betol2 kat belakang aku. yang lain sumer cousin.
.
Gambar tiga
Aku yang muka sentap belah kanan sekali. Masa ni mak, ayah, kakak dan adik aku yg baring tu nak balik ke Klang. Masa ni cuti sekolah. Aku kena tinggal kat kampung.. tu yang muka sentap tu sebab tak dapat ikut.. Kakak aku yang kat tengah2 duduk kat tangga. Kiri dan kanan dia tu sepupu kitorg. Diorg adik beradik. Anak yatim. Memang nenek yang bela dari diorang kecik. Yang kiri sekali sepupu jugak. Anak tunggal skrg ikut suami .. tinggal la mak dan ayah dia honeymoon kat rumah..
.
C. TIKA INI ANDA MERUPAKAN ANAK YANG KEBERAPA DALAM KELUARGA
.
Gambar satu.. time ni aku bongsu anak kedua
Gambar dua.. time ni bongsu lagi la rasanya.. anak kedua la jugak
Gambar tiga.. dah xde istilah bongsunyer.. dah kuar dah satu2 nya lelaki dlm adik
beradik aku.. tp aku tetap anak kedua.. :D
.
D. PERIHALKAN TINGKAHLAKU/TABIAT/PE'EL,PERANGAI ANDA WAKTU ITU
Sangat kurus. Jalan boleh melayang2. Suka menyanyi dan terkinja2 (mak aku yang kata) ala.. kecik lagi org tak heran cuba skrg ni.. mau aku kena rejam., huhu.. suka ckp sorg2 and berangan jugak,.. lasak.. boleh tahan la.. suka panjat pokok ceri.. sampaikan mak aku asah parang nak tebang pokok ceri bila aku tak dpt ngaji.. huhu

.
E. KONGSIKAN BERSAMA TAG INI KEPADA RAKAN ANDA (MAXIMUM 15 ORG)

1. Ada Ayrissa
2. Jesnita

3. Mamawafiy

4. Haja Darlingz
5. Connie
6. Ida Shah

7. Finee
8. Mama Ranggie

9. Kak Tie
10. Fahlawi
.
Ok.. selamat menyettlekan yer korang.. kalo ada yg dah buat tu nak buat lagi pon ok.. gambo lama2 kan byk lagi kan,.. he he he.. ha! awie.. sy tau awie x buat lagi.. jgn cengelat yer.. heheheh.. :D

Tag Difikiran Aku....

Dulu sebelum kenal dunia blog ni aku tak tahu tag tu menda. Yang aku tau tag yg biasa2 la mcm name tag tu.. biler dah berblog ni tahulah aku tag tu gupenyer mcm assignment yg kita kena settlekan biler nama kita 'naik' kat blog org yang mengetag kita..
.
First time kena tag rasa seronok sangat. Macam glamer jer biler org letak nama kita kat blog dia.. pyer la excited dpt jer terus buat.. tak de lengah2 nyer.. yelah baru2 kan, list nama pon x ramai lagi.. yg add pon x ramai jugak.. jd yg ngetag pon tak byk la..
.
Tag ni pon penyelamat jugak. Bak kata Dee biler kering idea tag la yg bantu kita cover entry2 yg akan kuar di blog ni. Yelah idea ni pon kadang2 gersang jugak tak mau muncul.. lagi2 kalo xde aktiviti. Tak tahu mende apa la yg nak ditepekkan kat sini.. Jadi tag la yg menjadi mangsanya.
.
Yang paling best biler ada award tag.. rasa seperti berjalan di carpet merah plak. nak g ambik award la katakan.. tp ni spesel xyah baju lawa2, xde sponsor pon takpe, pakai bedak sejuk je pon ok,.. speech panjang berjela pon no hal lah xde orang marah punyer, paling best boleh syer lagi dgn semua orang..
.
Tapi sekarang ni mood aku x menentu.. aku dah jarang update story apatah lagi menyettlekan tag. Aku agak keletihan la lately. Ada beberapa tag yg queue tunggu utk di settlekan. Aku akan kuatkan semangat untuk menyettlekan semuanya. Nak kata banyak sangat tu tak la.. tp kalo lebih dari satu pon kategori banyak kan.. he he.. Ada ayrissa kata kalo tahun 2020 baru settle pon takpe.. tp idok ler sampai gitukan,.. jgn risau aku akan settlekan satu persatu.. kalau buat tag ajer boring plak kan, aku selang seli kan la ye.. (eh ada plak nama bie.. huhu). Lagi pon pada pendapat aku apabila kita di tag oleh ramai orang maknenyer orang ingat kat kita dan orang tu selalu dtg dan baca story kat blog kita.. jadi untuk menghargai mereka aku akan settlekan jugak.. walaupon memakan masa yg lama....

Friday, May 1, 2009

Susahnyer Nak Senyum

uhuk uhuk uhuk.. wah terbatuk2 aku bila buka blog aku ni.. maunyer tak dah lama giler rasanyer aku tak update tu yg berabuk dan bersawang.. aik?? labah2 pon sempat berfamily kat sini?.. he he he.. bkn apa lately aku sgt2 leteh so aku berehat beberapa ketika mengumpul tenaga dan idea.. boleh gitu?.. tp idea tak berapa nak mari la so pembuka mei ni aku story pasal babah cahaya nie la yer..
.
dia ni kalo tgk muka org kata sombong n serius tp biler dah kenal loyar buruk pun ye jugak.. boleh dikatakan peramah and mudah dpt kawan. Kawan2 aku pon cpt selesa dgn dia coz dia sker biler berborak akan sebut nama org tu,.. mcm dah lama kenal, tu yg org mudah mesra dgn dia.. cemburu??? tipulah kalo aku kata aku x cemburu, lgpon cemburu tu tandanya sayang cuma aku ni jenis tak suka cemburu memkhinzir buta (sopan sikit kan ayat aku,..),..
Korang tgkla gambo2 dia kat bawah ni,.. yg betol2 melambangkan keseriusan mukanya.. cuba la senyum sikiiiitttt...


haih.. serius betol.. ok la.. mungkin panas yg menyebabkan muka berkerut... jom kita pergi berteduh dulu..


serius jugak??.. ok.. mungkin nak cover macho sebab bergambo dgn anak.. ok la cuba bergambo dgn saya plak.



la... pon sama.. cuba senyum sikit.. seennyyuummmmm :)


hadoi.. pipi aku plak yg naik sengal2 terlebih senyum,.. dia?? hmm itulah pose paling memberikan senyuman,... oklah tu bie,.. saya tetap menerima awak seadanya... ;)

Saturday, April 18, 2009

Bergumbira Di Putrajaya

Hari ni (sabtu 18/4/09) aku g ke cheras utk menyettlekan urusan plan yang tak menjadi tp sekali lagi sejarah berulang dan plan tersebut tak menjadik lagi.. (nnt biler tiba masa yg sesuai aku story kat korang kay sebb aku ni jenis pemalu nak mewar2kan benda yg tak berapa confirm takut tak jadi.. maluuuu). Malas nak panjangkan masalah kitorg balik jer lah.. dlm perjalanan balik tu aku n naylie mmbuta biler celik mata tgk eh?.. Bie kata nak balik kita nak pegi mana ni?.. owh gupernyer dia menuju ke Putrajaya.. bawak Naylie jalan2 tenangkan hati katanyer.. ok lah.. mama suker ajer.. :D
.


- muka blur selepas puas mengamok dan terlelap.. -

.

- saya dah boleh kenyit mata.. hu hu.. -

- pose manja la kononnyer tu.. seb baik tak kena bedal dgn mama tau.. he he he -
.


Bie just bawak kami ke taman dekat dgn Masjid Putra tu.. Sebab time tu ada sekumpulan pengayuh basikal tengah buat latihan Bie mmg la sker aktiviti gitu.. dia tgh leka tgk org2 basikal tu aku plak leka menangkap gambo anak aku.. tapi arini cuaca terlalu panas.. walaupon masih pagi tapi cuaca dah mcm tengahari dah..
.
.

Kat bwh ni la gambo2 Naylie tu.. korang tgk je lah yer..
.
.
- mama panas la... dah kembang dah idung ni menahan panas.. -
.
.


Lepas dah letih dan berpeluh2 Bie ajak balik tp sebelum tu perot di isi dulu sebab dah nak tengahari pon.. aku pon tak berapa nak ada mood utk masak t/hari ni.. (tah biler la mood tu nak dtg yer.. he he he).. sampai umah dgn cuaca yg panas semacam masing2 serbu bilik on aircond and.. zzzzzzzz huh enak sekali.. ;)
.
.
Untuk korang sumer slamat berhujung minggu.. moga ceria bersama keluarga tercinta..



Tuesday, April 14, 2009

: (

Hari ni aku tak keje.. ambik mc coz Naylie demam. Start petang ahad suhu badan dia dah melambung tinggi.. dah bg makan ubat, letak cool fever and minum cool rhino badan dia still panas. Lagi teruk biler dia langsung tak nak makan. Aku takut kalo dia bukan setakat demam.. takut ada plak virus lain menumpang.
.
.
Balik dari opis terus bawak dia g klinik.. and suhu badan memang tinggi. Doktor kata dia takde apa2 jangkitan kuman yg lain cuma demam mungkin sebab perubahan cuaca. Yelah masa hari ahad tu dalam pukul 9-10 memang cuaca sangat panas and dia berjemuran.. balik umah dia terus tido and aku plak terus on aircond.. dalam pukul 2 ptg hujan plak turun lebat.. aku memang la layan tido sedap kan,.. sejukkk.. biler jaga aku rasa badan Naylie panas..
.
.
Malam tadi lepas bagi makan ubat dia terus tumbang. Tak bangun. Mungkin penangan ubat.. yang membuatkan aku mc sebab badan dia sangat lemah. Sampaikan aku terpaksa pakaikan dia diapers sebab dia tak larat nak bangun ke toilet. Biler aku tanya dia nak buang air tak? dia angguk kepala tapi biler aku nak angkat dia bangun dia tak nak.. kaki dia menggigil.. x sampai hati aku nak kenakan air kat badan dia.. mesti dia rasa sejuk sangat2.. Sekarang ni dia masih berselimut.. Biasanya dialah orang yang paling tak suka selimut.
.
.
Sebenarnya jugak mlm td aku kena sakit kepala.. aku rasa darah aku naik la.. dah beberapa hari ni kepala aku berpinau jer.. mungkin sebab tak cukup tido since Naylie demam.. aku tak g check up lagi.. risau lah!.. harap2 sumer akan kembali normal.. aku sgt2 tak suka keadaan mcm ni,.. sakit, lemah, suram, tak ceria... semoga Allah bagi kami kekuatan.....

Friday, April 10, 2009

Makan Pizza Memang Best!! Lagi2 Kalo Free.. he he he

Story basi yang aku nak citerkan jugak.. walaupon cuma citer makan2 tapi aku tetap nak ceritakan.. sapa2 ada rasa bengang, sakit hati or tension sila tutup mata.. heh heh heh..
.
Citer ni masa ari jumaat last week.. actually tekak melayu + jerman aku ni teringin sangat nak makan pizza. Sebelum tu aku ckp kat Bie tp dibwknya aku g KFC.. nak dijadikan cerita ari jumaat tu ada opismate yg pegi PJ katanyer kat situ ada org jual mee bandung yg superb so kami seopis mengirim beramai2.. tp kalo dah bukan rezeki tu kan, nak buat mcm mana.. aritu pulak kedai tu tutup... so aku ajak la Azie n K. Anita g tesco untuk membedal pizza.. and diorg setuju.. hoorayy!!!
.


Ini lah muka2 lapor yg tgh tunggu mknn untuk di belasah!! Belah kiri tu K. Anita and kanan tu Azie..
.
Boleh pulak masa kitorng tengah tunggu makanan yang diorder tu sampai dtg apek ni mintak sedekah,.. dia guna cawan plastik (ala bekas yg kalau kita tapau minuman tu..)untuk soh org letak duit dlm tu tp aku tak bagi pon sebb aku tgk kat dlm cawan tu byk duit RM5 and RM10.. banyak tu duit dia aku pon aritu bwk RM30 jer.. he he he budget!
.
Yang aku peliknyer kan kat pintu masuk pizza hut tu ada staff dia yg tunggu macam mana apek tu boleh lepas.. tah la..






Ni la rupa2 makanan yg diorder.. sedap giler la... nyum nyum nyum

.

Makan kena tekun.. tak boleh toleh kiri kanan nanti tak feel.. keh keh keh.. eleh azie,... sempat ko possing yer,..

.
uii.. licin tu.. sikit pon tak tinggal.. so seperti yang dijanjikan selepas settle makan kitorg mintak bill n nak bayar sama rata la.. tp K. Anita bayar dulu so kitorg ckp x pe nnt balik opis kita kira ok,.. pastu dia kata,.. akk tak kata pon soh bayar balik.. so maknanyer kitorg di belanja la yer..horaayy!! hooraayyy!! Alhamdulillah.. patutlah makan aritu rasa kenyang jer rupanyer free.. ekekekek
.
.
K. Anita dah 2 hari mc dia disuspect kena denggi.. harap2 tak de apa2 la yg berlaku kat dia kan,.. sama2 la kita doakan yer,..