Showing posts with label Wedding. Show all posts
Showing posts with label Wedding. Show all posts

Wednesday, December 28, 2011

Joget Lambak

Best jugak joget lambak ni kan,.. masa ni la kita dapat tengok ke sporting an sedara mara kita dan aku sangat tak sangka rupanya sedara mara aku malah nenek jugak sangat sporting..

Sebelum ni aku tak pernah berjoget lambak jadi malam keramat tu telah membuatkan aku memecahkan tradisi. Entah macam mana tengah aku dok melanguk tengok memasing berjoget suami aku yang sebelum ni lepak dengan sepupu spare part sepapat dia boleh datang dekat aku n ajak berjoget aku yg malu2 mula2 xnak la,.. bukan apa saya ni pemalu huhu.. tapi lepas didesak oleh nenek nya maka nya aku dengan keadaan kontrol ayu masuk jugak la ke dalam gelanggang joget dan tetiba ramai pula sedara mara ipar duai yang join sekaki syook sekali.. tapi keseronokan tu bertahan untuk seketika je ni sumer gara2 dj yang ditempah khas tu memutarkan lagu2 untuk belia remaja ala2 lagu shuffle tu.. mana masuk dengan jiwa makcik yang layan lagu 50 an jew.. terus aku ajak suami keluar gelanggang dan sekadar mejamu mata melihat aksi anak2 muda mencucuk langit..

Agak2 dah boring anak aku pon dah ngantuk so aku ngajak la suami aku balik.. Macam2 la soalan yang terbuku pasal joget lambak ni aku ajukan pada suami aku tambahan sepanjang usia perkahwinan kami ni lah pertama kali sedara mara dia buat joget lambak di majlis perkahwinan.. menurutnya dulu xgunakan dj dulu guna band pastu xsemua kenduri ada joget lambak sebab nak kendalikannya mahal.. 

Malam tu aku tidur senyum je bila teringat saat2 suami aku ajak menari hiks.. blh tahan romantik jugak laki aku ni.. ekekek.. :p

Wednesday, July 1, 2009

Wedding, Exam & Interview

Lama aku sepi sebab last week cousin aku kawen. Ramai pok cik2 dan mok cik2 menyerbu umah aku sebab umah cousin aku ni satu taman dengan umah aku and umah makcik aku yg sorg lagi. so umah aku jadi salah satu hotel persinggahan diorg. Jadi adalah sgt tak manis biler tetamu datang aku berblog secara senyap di dalam bilik kan,.. lg pon anak2 kecil amat la ramai jd akan menjadi satu perebutan biler aku menayangkan gajet aku.. huhu..
.
.

One more plzzz... ni la cousin aku Miza. dia tua setahun dari aku. Serious time ni aku x byk menyenap sebab ramai sgt photographer 'pro' so.. esok2 aku mintak jer kat diorg. :D

Tahniah Miza and husband dia Wan. moga bahagia ke akhir hayat..

So settle bab wedding. Ni pasal exam plak 7 julai ni 1st time aku akan menduduki exam PTK so aku rasa very the nebes. Aku mentelaah la apa yg patut. tp x la mentelaah sangat. Ala kadar jer.. itupon dgn pertolongan opis mate aku diorg ada bg tips2 soalan yg selalu kuar. and mana yg diorg pro diorg akan syer. so sikit2 tu InsyaAllah boleh la lekat dlm memory ni.. korang doakan kejayaan aku yer.. cheewwaaaahhh..:)

Lagi satu ialah interview. Aku dapat tawaran utk di interview bg jawatan bergred N27 pada 22 Julai ni.. skrg ni gred aku W17 jer. so ni peluang utk aku maju setapak. Tp mcm biasa nebes menguasai segalanya. Bagi korang yg kini berjawatan gred N27 atau penah di interview untuk gred ni syer la dengan aku apa yg patut yer.. terutamanya soalan2 yg biasa sangat diorg tanya. Boleh la aku buat persediaan apa yg patut... yg ni pon aku mngharapkan bantuan dan doa korang jugak yer... tanpa anda siapalah saya.. huhuhu...

So aku ucapkan terima kasih in advance bg segala budi baik korang yer... :)