Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Saturday, December 12, 2009

Happy Day

Alhamdulillah. Aku masih dipanjangkan usia kerana aku sekali lagi berkesempatan menyambut ulangtahun kelahiranku dan kali ini utk yg ke 29 tahun.. tahun depat angka depan tu dah berubah.. adakah aku juga boleh berubah??? InsyaAllah...

Terima kasih yg x terhingga kepada semua yg sudi memberikan ucapan SELAMAT kepada aku dengan pelbagai cara.. ada di fb, fs, sms, call dan wish secara live..

utk family aku.. Bonda, Kak Ina, Logam, Adik, Kakak, Abang (walaupon xde sebab pegi camping, mama tau abang mesti nak wish jugak kan,..)  dan Akam (ko ada wish kat aku ke???) .. byk2 tima kasih atas doa kalian... sayang semua sangat2...

Yang tak terhingga kepada my best fren farra sebab sudi singgah rumah n bagi kat aku a bouquet of pink roses.. rasa terharu sgt.. thanx babe.. really apreciate it.




Dan tentunya 2 org insang insan yang sangat istimewa yg sudi melayan karenah aku.. Bie - thanx sebab sudi sponsor donut bday (ganti kek.. dah muak asyik makan kek jer) and belanja shopping mopping.. walaupon sy dah bg cuti kat rakyat selangor tapi awak terpaksa gak keje tp xpe sebab semalam adalah ending yg happy..
Naylie - thanx sebab sementara tggu babah balik keje Naylie teman mama melepak kat umah nenek, then kita g tgk movie.. Princess n the frog.. sama macam citer tu jugak ending nyer adalah happy.. Tapi part yg x baper bestnyer mcm Naylie je lg byk shopping dari mama.. apakah???






So kesimpulannya aku sgt gembira dan bahagia sebab dapat bersama dengan org yg aku sayang dihari yg istimewa ini..

Thursday, September 24, 2009

SALAM AIDILFITRI

Salam Aidilfitri buat semua. Dikesempatan ini aku nak mohon ampun dan maaf sepanjang berblog ni mana tahu kalo ada yang menyinggung rasa anda semua. Aku juga mohon maaf sebab dah lama giler aku tak update. Dan terima kasih atas keprihatinan korang sebab masih ada yg sudi bertanya khabar.
.
Sebenarnya aku baik2 ajer.. kesihatan sangat2 baik kalo tak percaya tengok la gambo aku yang terlatest ni.. sihat kan. walaupon puasa still x dpt nak turun berat aku. Cuma ada sikit masalah teknikal yg menghalang aku utk berblog secara tegarnya.. insyaAllah biler semuanya ok aku akan kembali berblog macam biasa cuma masa dan ketika nya tak dapat dijanjikan.
.
Untuk kali ini aku sajikan kat korang sekitar aidilfitri pertama dan kedua aku ye.
- Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Khas Lysha n Family... -

.- ni plak ucapan Selamat Hari Raya versi Little Rescals from Naylie n kazens -

- kami dah ready nak menerjah rumah sedara mara... jom.. -
.
- ni kat rumah salah sorang sedara yg diterjah pada hari raya pertama (malam) -

.

- hari raya kedua dah balik ke Selangor.. Naylie possing kat kolam ikan atuk nyer di Ijok, Kuala Selangor.. dah alang2 kuar gambo dia nak tya la kat korang.. korang rindu tak dgn aksi budak ni.. skrg dia makin nakal dan banyak cakap. suka menari tak kira kat mana walau apa pon majlis.. rambut dah kena potong so yg kerinting tu dah takde dah.. dan yg paling aku tak boleh terima dia asyik letak telinga kat perot aku. dia ingat aku pregnant. chet!!! nampak sangat mama dia kena diet.. huhu -
.
Kalo makan kuih raya jgn lupakan daku okeisss.... sampai jumpa lagi.. ;)

Wednesday, July 1, 2009

Wedding, Exam & Interview

Lama aku sepi sebab last week cousin aku kawen. Ramai pok cik2 dan mok cik2 menyerbu umah aku sebab umah cousin aku ni satu taman dengan umah aku and umah makcik aku yg sorg lagi. so umah aku jadi salah satu hotel persinggahan diorg. Jadi adalah sgt tak manis biler tetamu datang aku berblog secara senyap di dalam bilik kan,.. lg pon anak2 kecil amat la ramai jd akan menjadi satu perebutan biler aku menayangkan gajet aku.. huhu..
.
.

One more plzzz... ni la cousin aku Miza. dia tua setahun dari aku. Serious time ni aku x byk menyenap sebab ramai sgt photographer 'pro' so.. esok2 aku mintak jer kat diorg. :D

Tahniah Miza and husband dia Wan. moga bahagia ke akhir hayat..

So settle bab wedding. Ni pasal exam plak 7 julai ni 1st time aku akan menduduki exam PTK so aku rasa very the nebes. Aku mentelaah la apa yg patut. tp x la mentelaah sangat. Ala kadar jer.. itupon dgn pertolongan opis mate aku diorg ada bg tips2 soalan yg selalu kuar. and mana yg diorg pro diorg akan syer. so sikit2 tu InsyaAllah boleh la lekat dlm memory ni.. korang doakan kejayaan aku yer.. cheewwaaaahhh..:)

Lagi satu ialah interview. Aku dapat tawaran utk di interview bg jawatan bergred N27 pada 22 Julai ni.. skrg ni gred aku W17 jer. so ni peluang utk aku maju setapak. Tp mcm biasa nebes menguasai segalanya. Bagi korang yg kini berjawatan gred N27 atau penah di interview untuk gred ni syer la dengan aku apa yg patut yer.. terutamanya soalan2 yg biasa sangat diorg tanya. Boleh la aku buat persediaan apa yg patut... yg ni pon aku mngharapkan bantuan dan doa korang jugak yer... tanpa anda siapalah saya.. huhuhu...

So aku ucapkan terima kasih in advance bg segala budi baik korang yer... :)

Tuesday, June 30, 2009

Apa Yang Ada Di Sini??

Ala.. story ni dah basi la.. tp sebab dah lama ada dlm simpanan so aku kuarkan jugak la. pas entry ni aku story mana aku menghilang selama ni okeis!!
.
.
Ni adalah aktiviti2 yang berlangsung semasa Hari Keluarga PDRM aritu.. punyer la lama tersimpan. korang jgn boring ok layan jer tau,.. hehehe..
.
Selepas VIP dtg dan lagu Negaraku dinyanyikan penonton disajikan dengan persembahan lakonan penculikan yg dilakonkan oleh pegawai dan anggota PDRM bersama beberapa org pelakon. Keadaan mmg suspen la biler ada tembak menembak dan sepak menyepak..
,
Kemudian diselitkan dengan beberapa persembahan. Yang di persembahan dari skuad komando.



Kemudian pendaratan penerjun2 payung terjun. Ada 8 penerjun yg terlibat. Semua selamat landing tp ada sorg terlanding kat belakang pentas.. suspen wooo..



Bawah ni plak antara peralatan2 polis yg di pamerkan.

Ni la sharp shooter yg paling wanted.. tolong la.. adik aku yg perasan. ada hati nak jd sharp shooter.. kalo ko dapat shoot shark pon dah cukup bangga tau.. huhu




Ini adalah robot pemusnah bom.. senang x yah pakai manusia kalo meletop pon bom tu robot yg kena....



Heli yg menjadi tumpuan ramai.


'aku berjaya menjinakkan kuda... ' ayat adik aku yg tahap gaban perasannyer.. yelah dah muka ko pon sama dgn kuda tu.. dia ingat adik dia.. huhu,...



Motor polis trafik yg baru.. menjadi idaman mat2 rempit. pasni ramai la mat rempit jd polis trafik.. huhu ..


Ni jugak menjadi tumpuan. Kereta misubishi evo 10 special edition. Kereta polis yg baru. pasni x dpt la penjenayah bg polis makan asap lagik...

OK tu jer.. abis..

Monday, June 22, 2009

Aku berBZ di Titiwangsa

Mari2 korang sumer aku nak story pasal aktiviti bzness aku di Hari Keluarga PDRM. Entry kali ni aku citer pasal bisnes aku dulu ye, pasnie aku story plak pasal aktiviti Hari Keluarga tu ok!..


Macam yg aku bg tau
sebelum ni aku bukak gerai burger tp harga yg aku senaraikan sebelum ni terpaksa di naikkan sebab harga brg yg melambung tinggi.. bkn aku tamak yer... pastu minuman aku terpaksa cancel kan dari menu pasal x de ruang nak letak dalam keta penoh giler.. nak carik van dah x sempat dah.. aku just dpt pinjam avanza my uncle jer.. seb baik 2 orang kanak2 o.k.u kazen aku yg sudi tolong kecik jer.. so boleh la menyelit..


- adik aku, Akam and asben aku tengah menghanguskan burger n hot dog.. di awal pagi masih boleh bekerja dgn lemah lembut dan sopan santun.. biler tengahari aku rasa mcm tgn aku ada lebih dari dua,.. kena serang uolsss... sampai ada satu kejadian aku terlupa letak daging burger.. seb baik org tu perasan aku bungkus roti jer.. ampun abang polis.. saya tak sengaja... -

- kerepek merepek yg sold out!.. alhamdulillah.. abis jugak.. -

- kazen aku yg berumor 12 17 tahun.. Shera ada hati nak masuk sukaneka utk kanak2 12 tahun ke bawah.. tp kalo masuk pon org x tau yg umor ko 17 tahun .. biler tah nak beso.. huhu.. -




- ini lg sorg kazen aku. Afiq anak pakcik aku empunya avanza.. so thanx to both of u sbb sudi tolong k.ngah aritu yer.. -

- eh??? ada hamper??? ni lagi satu rezeki kebetulan dapat cabutan bertuah.. merasa la kitorg hamper berisi cokelat dlm tu.. -
.
so hasilnyer alhamdulillah.. nak kata lumayan tu tak lah sgt tp boleh dikatakan berbaloi la.. tp still x cukup la nak buat raya kena carik alternatif lain lg nih.. he he he..

Sunday, June 7, 2009

Geram.. Part2

Ini adalah sambungan entry Geram.. part 1
.
Makanya ni story masa kat kampung minggu lepas lah yer..





Ha.. nampak cili2 merah menyala.. aku geram menengoknyer.. dah byk dah pokok cili mak mertua aku. dia kata pokok yg tumbuh tu sumer sebab cili2 yg dah masak n x dipetik dia akan gugur n jadi benih tu yg byk tu pokok dia.. kalo umah aku ada kawasan gini kan best boleh bercucuk tanam.. ni depan belakang kena simen... nak tanam kat pasu x boleh mmbiak gini (heh alasan je,... huhu) pastu sebelum balik, aku apa lagi memetik la cili2 padi untuk menjadi santapan aku kat umah.. jd sepanjang minggu ini menu kita nasi goreng cili padi ye Bie,.. huhu

Tuesday, June 2, 2009

Geram.. part 1

Aku sangat geram tengok budak kecik ni... sangat comel.. kalo ikutkan hati rasa nak picit2 jer.. tapi apakan daya ibu dia ada.. huhu ..
.
tengok.. dah pandai tengok kamera.. macam tau2 jer org ambik gambo dia.. mesti dlm hati dia kata.. baru kuar dah glamer.. huhu.. (gambo ihsan dari hajar)
.
Yang paling geram mestilah kakak dia.. Mardihah.. kemain lagi menepuk adiknyer.. ada ciri2 kakak mithali ni.. hehe (gamba ni pon ihsan dari hajar)
.
Mata dah kena tutup pon boleh lagi posing tu.. ni kat spital. Baby kena kuning. Tapi dah mula kurang.. tah2 dah kuar spital.. aku x menanya hajar lagi.. Tengok la.. tido mcm budak dah beso jer.. aihh.. ni yg bertambah geram ni.. hehe
.
Budak dua orang ni pon mesti la sgt2 geram biler tgk budak kecik.. lagi2 si Iman. Asyik mintak cium jer.. Tak lama lagi iman plak dapat adik.. Naylie pyer adik.. tah la x tahu biler nak muncul.. mama dia asyik menternak lemak jer.. huhu.

Tuesday, May 26, 2009

Our New Family Member

Dengan ini aku nak memperkenalkan pada korang ahli baru dalam keluarga kami.. ececeh.. so korang tatap la wajah handsome boy pojaan malaya ni yer..




Baby ni, baby biras aku, Hajar aka Nyonya Pie. Skrg dia masih di hospital An Nur Bangi. Kalo yg berdekatan boleh la melawat yer,. kalo dia dah balik korang boleh la melawat kat umah dia kat persint 14 Putrajaya..

.

Congratulation untuk hajar n pie. Berakhir sudah penantian itu .. to baby nnt hari sabtu mak long sampai okeisss.. ;)

Friday, May 8, 2009

Engkaulah Ratu Hati Ku



Sentiasa menjadi ratu di hati ku,.. insan yg paling istimewa.. yang aku panggil EMAK.. Betapa bertuahnya aku memiliki ibu sehebat emak.. Nak citer pengorbanan emak mmg tak tercerita. terlalu banyak. Yang aku boleh katakan, sama seperti anak2 yang lain, aku sangat sayangkan mak aku,.. i luv u mak,.. mmmuuuaaaahhh..


Kpd mak mertua, mak tiri, mak saudara, nenek, kakak, adik ipar, biras, sepupu, best frenz, opismate, classmate, bloggers, readers, kawan2, bos, cikgu, jiran tetangga dan semua yg ada anak sama ada anak sendiri, anak tiri atau anak angkat.. ni untuk anda semua.. ikhlas dari diriku ini.... semoga terus tabah menjalankan tanggungjawab sebagai IBU..



Tuesday, April 7, 2009

True L.O.V.E

Farra aku ambik title ni dari blog ko.. kira nya aku buat entry versi aku plak.. soo.. kira halal lah yer.. he he he
.
Story masih lagi berkisar di kampung Bie. Time ni kitorg melawat atuk n nenek dia.. (ala masa yg Naylie nak salam En. Rok tu.. ha.. time tu ler..)
.
Sebenarnya nenek Bie boleh dikatakan baru lepas operation kat ibu jari kaki dia.. puncanya cuma terkena paku yg melekat kat selipar.. tp sbb dia ada kecing manis tu yang melarat sampai kena operation... masa ni atuk Bie cuci luka tu.. nenek kata atuk la doktor dia.. he he he so lovely kan,.. aku harap aku n Bie pon mcm tu walaupon aku semakin tua, sama ada semakin kembang atau semakin kuncup harapan aku moga dia akan sentiasa menyayangi aku.. susah dan senang, sihat dan sakit....


- kacau daun tol la budak kecik tu,.. ada jer muka dia nak enter frame! -


Monday, April 6, 2009

Mandi Manda

Lagi story masa kat kampung... kali ni aku pergi menziarah pak cik aku pulak (adik mak aku) .. masa aku nak pegi umah, pakcik aku ni tak de belum balik keje so kitorg terjah kat tempat kerja dia iaitu di Hotel Sri Malaysia.. time ni dah takde org.. ramai yg dah check out so sementara menunggu dia balik kitorg lepak2 kat swimming pool.. pastu pak cik aku kata 'nak mandi, mandi la.. air bersih arini sebb org sumer dah check out'.. oo apa lagi anak aku (ke aku?? he he) dgn rasa gembira sekali menerjah swimming pool ni!! kebussshh!!


- mula2 intai dulu -
.
- pastu rendam2 kaki jer -

.
- pastu masukkan badan sekali -

.

- wahhh siap landing lagi tu! -

.


- datang plak cousin aku n anak2 nyer.. lagi la happening aktiviti mandi manda ni -

.
- last2 sumer half naked! uii malu lah! he he he (boleh masuk majalah mangga tak?) -