Showing posts with label My Love. Show all posts
Showing posts with label My Love. Show all posts

Wednesday, December 28, 2011

Joget Lambak

Best jugak joget lambak ni kan,.. masa ni la kita dapat tengok ke sporting an sedara mara kita dan aku sangat tak sangka rupanya sedara mara aku malah nenek jugak sangat sporting..

Sebelum ni aku tak pernah berjoget lambak jadi malam keramat tu telah membuatkan aku memecahkan tradisi. Entah macam mana tengah aku dok melanguk tengok memasing berjoget suami aku yang sebelum ni lepak dengan sepupu spare part sepapat dia boleh datang dekat aku n ajak berjoget aku yg malu2 mula2 xnak la,.. bukan apa saya ni pemalu huhu.. tapi lepas didesak oleh nenek nya maka nya aku dengan keadaan kontrol ayu masuk jugak la ke dalam gelanggang joget dan tetiba ramai pula sedara mara ipar duai yang join sekaki syook sekali.. tapi keseronokan tu bertahan untuk seketika je ni sumer gara2 dj yang ditempah khas tu memutarkan lagu2 untuk belia remaja ala2 lagu shuffle tu.. mana masuk dengan jiwa makcik yang layan lagu 50 an jew.. terus aku ajak suami keluar gelanggang dan sekadar mejamu mata melihat aksi anak2 muda mencucuk langit..

Agak2 dah boring anak aku pon dah ngantuk so aku ngajak la suami aku balik.. Macam2 la soalan yang terbuku pasal joget lambak ni aku ajukan pada suami aku tambahan sepanjang usia perkahwinan kami ni lah pertama kali sedara mara dia buat joget lambak di majlis perkahwinan.. menurutnya dulu xgunakan dj dulu guna band pastu xsemua kenduri ada joget lambak sebab nak kendalikannya mahal.. 

Malam tu aku tidur senyum je bila teringat saat2 suami aku ajak menari hiks.. blh tahan romantik jugak laki aku ni.. ekekek.. :p

Saturday, December 12, 2009

Happy Day

Alhamdulillah. Aku masih dipanjangkan usia kerana aku sekali lagi berkesempatan menyambut ulangtahun kelahiranku dan kali ini utk yg ke 29 tahun.. tahun depat angka depan tu dah berubah.. adakah aku juga boleh berubah??? InsyaAllah...

Terima kasih yg x terhingga kepada semua yg sudi memberikan ucapan SELAMAT kepada aku dengan pelbagai cara.. ada di fb, fs, sms, call dan wish secara live..

utk family aku.. Bonda, Kak Ina, Logam, Adik, Kakak, Abang (walaupon xde sebab pegi camping, mama tau abang mesti nak wish jugak kan,..)  dan Akam (ko ada wish kat aku ke???) .. byk2 tima kasih atas doa kalian... sayang semua sangat2...

Yang tak terhingga kepada my best fren farra sebab sudi singgah rumah n bagi kat aku a bouquet of pink roses.. rasa terharu sgt.. thanx babe.. really apreciate it.




Dan tentunya 2 org insang insan yang sangat istimewa yg sudi melayan karenah aku.. Bie - thanx sebab sudi sponsor donut bday (ganti kek.. dah muak asyik makan kek jer) and belanja shopping mopping.. walaupon sy dah bg cuti kat rakyat selangor tapi awak terpaksa gak keje tp xpe sebab semalam adalah ending yg happy..
Naylie - thanx sebab sementara tggu babah balik keje Naylie teman mama melepak kat umah nenek, then kita g tgk movie.. Princess n the frog.. sama macam citer tu jugak ending nyer adalah happy.. Tapi part yg x baper bestnyer mcm Naylie je lg byk shopping dari mama.. apakah???






So kesimpulannya aku sgt gembira dan bahagia sebab dapat bersama dengan org yg aku sayang dihari yg istimewa ini..

Thursday, September 24, 2009

SALAM AIDILFITRI

Salam Aidilfitri buat semua. Dikesempatan ini aku nak mohon ampun dan maaf sepanjang berblog ni mana tahu kalo ada yang menyinggung rasa anda semua. Aku juga mohon maaf sebab dah lama giler aku tak update. Dan terima kasih atas keprihatinan korang sebab masih ada yg sudi bertanya khabar.
.
Sebenarnya aku baik2 ajer.. kesihatan sangat2 baik kalo tak percaya tengok la gambo aku yang terlatest ni.. sihat kan. walaupon puasa still x dpt nak turun berat aku. Cuma ada sikit masalah teknikal yg menghalang aku utk berblog secara tegarnya.. insyaAllah biler semuanya ok aku akan kembali berblog macam biasa cuma masa dan ketika nya tak dapat dijanjikan.
.
Untuk kali ini aku sajikan kat korang sekitar aidilfitri pertama dan kedua aku ye.
- Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Khas Lysha n Family... -

.- ni plak ucapan Selamat Hari Raya versi Little Rescals from Naylie n kazens -

- kami dah ready nak menerjah rumah sedara mara... jom.. -
.
- ni kat rumah salah sorang sedara yg diterjah pada hari raya pertama (malam) -

.

- hari raya kedua dah balik ke Selangor.. Naylie possing kat kolam ikan atuk nyer di Ijok, Kuala Selangor.. dah alang2 kuar gambo dia nak tya la kat korang.. korang rindu tak dgn aksi budak ni.. skrg dia makin nakal dan banyak cakap. suka menari tak kira kat mana walau apa pon majlis.. rambut dah kena potong so yg kerinting tu dah takde dah.. dan yg paling aku tak boleh terima dia asyik letak telinga kat perot aku. dia ingat aku pregnant. chet!!! nampak sangat mama dia kena diet.. huhu -
.
Kalo makan kuih raya jgn lupakan daku okeisss.... sampai jumpa lagi.. ;)

Monday, June 22, 2009

Aku berBZ di Titiwangsa

Mari2 korang sumer aku nak story pasal aktiviti bzness aku di Hari Keluarga PDRM. Entry kali ni aku citer pasal bisnes aku dulu ye, pasnie aku story plak pasal aktiviti Hari Keluarga tu ok!..


Macam yg aku bg tau
sebelum ni aku bukak gerai burger tp harga yg aku senaraikan sebelum ni terpaksa di naikkan sebab harga brg yg melambung tinggi.. bkn aku tamak yer... pastu minuman aku terpaksa cancel kan dari menu pasal x de ruang nak letak dalam keta penoh giler.. nak carik van dah x sempat dah.. aku just dpt pinjam avanza my uncle jer.. seb baik 2 orang kanak2 o.k.u kazen aku yg sudi tolong kecik jer.. so boleh la menyelit..


- adik aku, Akam and asben aku tengah menghanguskan burger n hot dog.. di awal pagi masih boleh bekerja dgn lemah lembut dan sopan santun.. biler tengahari aku rasa mcm tgn aku ada lebih dari dua,.. kena serang uolsss... sampai ada satu kejadian aku terlupa letak daging burger.. seb baik org tu perasan aku bungkus roti jer.. ampun abang polis.. saya tak sengaja... -

- kerepek merepek yg sold out!.. alhamdulillah.. abis jugak.. -

- kazen aku yg berumor 12 17 tahun.. Shera ada hati nak masuk sukaneka utk kanak2 12 tahun ke bawah.. tp kalo masuk pon org x tau yg umor ko 17 tahun .. biler tah nak beso.. huhu.. -




- ini lg sorg kazen aku. Afiq anak pakcik aku empunya avanza.. so thanx to both of u sbb sudi tolong k.ngah aritu yer.. -

- eh??? ada hamper??? ni lagi satu rezeki kebetulan dapat cabutan bertuah.. merasa la kitorg hamper berisi cokelat dlm tu.. -
.
so hasilnyer alhamdulillah.. nak kata lumayan tu tak lah sgt tp boleh dikatakan berbaloi la.. tp still x cukup la nak buat raya kena carik alternatif lain lg nih.. he he he..

Sunday, June 21, 2009

Happy Father's Day

HAPPY FATHER'S DAY pada semua bapa di dunia....

Ucapan khas utk 2 org yg amat istimewa di hatiku..



- Hj Samat.. ayahanda ku.. walaupon jauh di mata ayah tetap di dalam hati.. -
.
.
- Bie.. yang sentiasa dekat di mata dan di hati.. -
.
.
Moga kalian berdua sentiasa di dalam rahmat Allah, dipermudahkan urusan dunia dan akhirat, dikurniakan kesihatan yg baik agar dapat terus melaksanakan tanggungjawab dan amahNya dengan seikhlas hati... I LOVE YOU!!
.€
.
*sorry Bie tahun ni x dpt nak masak2.. leteh giler la... :(

Wednesday, June 10, 2009

FATHER'S DAY CONTEST

****** sticky mode *******


.
Kali ni aku join contest untuk Babah Naylie plak. Contest ni dianjurkan oleh Mama Tisya - The Toddler Super Model.. ;)


Nama Ayah : Sharizal B. Mohd Yusof
.
Nama Anak : Cahaya Naylie Elyza Binti Sharizal
.
Umur Anak : 3 tahun (masa kat gamba ni umur dia baru seminggu mcm tu.. )
.

Kenapa aku pilih gambar ni??? sebab bagi aku gambar ni unik sangat. Masa ni aku masih lagi dalam pantang. Mulanya dia tengah menonton tv sambil sendawakan Naylie yg baru lepas menyusu dan akhirnya dua2 terlelap.. Naylie plak mmg selesa biler tido atas badan babah dia gitu.. lama jugak la diorg dua beranak tido begini.. Dan seingat aku dalam tempoh berpantang bila Bie ada dia yang akan uruskan semua urusan Naylie. Dia akan bagi aku pegang Naylie untuk menyusu sahaja. Aku sangat merindui detik ini..

.
Untuk celebrate father's day plak aku tak plan nak ke mana2 pon. Biasanya kitorg celebrate kat rumah jer.. mcm last yer aku just buat kek yang simple maklumler Bie adalah hantu kek.. hehe .. Jadi untuk tahun ni aku just nak masakkan dia menu yang special jer.. tapi belom ketahuan nak masak apa.. nasi beriani kot.. hmm.. masih tgh dipk2 kan..
.

.

Ok.. rasanya semua syarat2 dah di penuhi.. harap2 Mama Tisya berpuas hati. Jadi kepada semua yang berminat nak join contest ni sila click kat sini yer ---->> Father's Day Contest By Mama Tisya
.
Mari la kita ramai2 memeriahkan nyer... ;)

Friday, May 1, 2009

Susahnyer Nak Senyum

uhuk uhuk uhuk.. wah terbatuk2 aku bila buka blog aku ni.. maunyer tak dah lama giler rasanyer aku tak update tu yg berabuk dan bersawang.. aik?? labah2 pon sempat berfamily kat sini?.. he he he.. bkn apa lately aku sgt2 leteh so aku berehat beberapa ketika mengumpul tenaga dan idea.. boleh gitu?.. tp idea tak berapa nak mari la so pembuka mei ni aku story pasal babah cahaya nie la yer..
.
dia ni kalo tgk muka org kata sombong n serius tp biler dah kenal loyar buruk pun ye jugak.. boleh dikatakan peramah and mudah dpt kawan. Kawan2 aku pon cpt selesa dgn dia coz dia sker biler berborak akan sebut nama org tu,.. mcm dah lama kenal, tu yg org mudah mesra dgn dia.. cemburu??? tipulah kalo aku kata aku x cemburu, lgpon cemburu tu tandanya sayang cuma aku ni jenis tak suka cemburu memkhinzir buta (sopan sikit kan ayat aku,..),..
Korang tgkla gambo2 dia kat bawah ni,.. yg betol2 melambangkan keseriusan mukanya.. cuba la senyum sikiiiitttt...


haih.. serius betol.. ok la.. mungkin panas yg menyebabkan muka berkerut... jom kita pergi berteduh dulu..


serius jugak??.. ok.. mungkin nak cover macho sebab bergambo dgn anak.. ok la cuba bergambo dgn saya plak.



la... pon sama.. cuba senyum sikit.. seennyyuummmmm :)


hadoi.. pipi aku plak yg naik sengal2 terlebih senyum,.. dia?? hmm itulah pose paling memberikan senyuman,... oklah tu bie,.. saya tetap menerima awak seadanya... ;)

Saturday, April 18, 2009

Bergumbira Di Putrajaya

Hari ni (sabtu 18/4/09) aku g ke cheras utk menyettlekan urusan plan yang tak menjadi tp sekali lagi sejarah berulang dan plan tersebut tak menjadik lagi.. (nnt biler tiba masa yg sesuai aku story kat korang kay sebb aku ni jenis pemalu nak mewar2kan benda yg tak berapa confirm takut tak jadi.. maluuuu). Malas nak panjangkan masalah kitorg balik jer lah.. dlm perjalanan balik tu aku n naylie mmbuta biler celik mata tgk eh?.. Bie kata nak balik kita nak pegi mana ni?.. owh gupernyer dia menuju ke Putrajaya.. bawak Naylie jalan2 tenangkan hati katanyer.. ok lah.. mama suker ajer.. :D
.


- muka blur selepas puas mengamok dan terlelap.. -

.

- saya dah boleh kenyit mata.. hu hu.. -

- pose manja la kononnyer tu.. seb baik tak kena bedal dgn mama tau.. he he he -
.


Bie just bawak kami ke taman dekat dgn Masjid Putra tu.. Sebab time tu ada sekumpulan pengayuh basikal tengah buat latihan Bie mmg la sker aktiviti gitu.. dia tgh leka tgk org2 basikal tu aku plak leka menangkap gambo anak aku.. tapi arini cuaca terlalu panas.. walaupon masih pagi tapi cuaca dah mcm tengahari dah..
.
.

Kat bwh ni la gambo2 Naylie tu.. korang tgk je lah yer..
.
.
- mama panas la... dah kembang dah idung ni menahan panas.. -
.
.


Lepas dah letih dan berpeluh2 Bie ajak balik tp sebelum tu perot di isi dulu sebab dah nak tengahari pon.. aku pon tak berapa nak ada mood utk masak t/hari ni.. (tah biler la mood tu nak dtg yer.. he he he).. sampai umah dgn cuaca yg panas semacam masing2 serbu bilik on aircond and.. zzzzzzzz huh enak sekali.. ;)
.
.
Untuk korang sumer slamat berhujung minggu.. moga ceria bersama keluarga tercinta..



Monday, April 6, 2009

Balik Kampung!!!

Boleh dikatakan agak lama juga aku tak balik kampung. Bie pon asyik menung jer terkenangkan mak abah dia kat kampung. Tapi itu sumer bukan salah aku sebb dia yg membzkan diri sampai tak kesempatan nak balik. Jadi weekend aritu kitorang berangkat ke kampung. Kitorang gerak ke sana hari Jumaat (malam)



Sesampai kampung mak mertuaku dah siap masak so tinggal bedal jer.. tak lama lepas tu berlaku la insiden anak aku bukak penutup thermos yg ada air panas dah la tu dipeluknya pulak.. apa lagi.. meraung la dia.. mak mertua aku soh sapu miyak dhab. Elok minyak ni dah ok dah dada Naylie cuma ada kesan merah tp dia tak mengelembung.

Eoknyer awal2 dah Bie ajak g tengok atuk n neneknyer.. lepas b/fast n tlg mak mertua aku apa yg patut kitorg g umah diorg.. Naylie lak g melawat kawan baru dia...

Tengok siap nak salam lagi dengan En. Rok. he he he
.
Sebelum tengahari kitorang dah balik ke rumah mak mertua aku.. pastu belah malam dtg lagi ke rumah atuk n nenek.. biasalah laki aku kalo tak 2 - 3 kali dtg melawat atuk n neneknyer mmg tak cukup syarat.. maklumler masa dia kecik diorg yg jaga sebab tu dia rapat dgn diorg..
.
.
Nie lah gelagat anak aku dgn moyang dia.. sebelum tu dia pakaikan nek nyang nyer kupiah ni tp aku x sempat snap pastu dia tayang lak kat depan tok nyang nyer.. konon cantek sgt la tu.. hu hu..
.
Pasnie tak tau lagi biler nak balik.. kalo sblm ni sebulan sekali mesti balik tp lately Bie sibuk dgn keja tu yang jarang2 balik.. bukan aku tak sker balik kampung.. aku sker sgt!! yelah aku dah takde kampung tu yg biler nak balik aku rasa excited tak kisah la kampung sapa.. Aku tak pernah larang or bantah biler Bie ajak balik kampung. Aku tak kisah as long kita bersama2 dgn family kat mana pon aku akan rasa happy!! ;)

Thursday, March 5, 2009

Happy Birthday ADIK


Semalam jugak merupakan birthday anak kakak aku yang bongsu Nurul Azhani aka ADIK. So masa kitorg nak masuk panggung kakak aku call kata nak mmbelanja makan pizza.. hoooraay!!! So keluar jer dari panggung terus kitorang terjah Pizza Hut ingatkan diorg dah sampai gupernyer baru nak kuar rumah!.. mmg kureng assem la kan,.. so aku la yg ditugaskan mengoder makanan... hmm x pelah dah orang nak belanja kan,.. kita yg bedal je ni jgn plak nak byk songeh!..
.
.



Siap order belum pon sempat diorg mengantar mknn yg diorder kakak aku n family pon sampai.. tengok2 muka si Adik ni muncung rupanya kata kakak aku dia nak tiup lilin.. kalo tak tiup lilin bukan bday katanyer... la.. mcm tu plak so dgn gigihnyer aku ngan kakak aku g carik kek..
.


inila guper kek nyer.. kalo tak salah perisa latte kot!..



ini la bday girl nyer.. dah dpt kek barulah nak senyum,...

ui.. seriousnyer muka Bie.. punyer la tekun dia makan langsung x menoleh kiri kanan..

kakak aku pon serious jugak!! agaknyer kalo makan pizza muka kena serious kot!.. he he
.
.


dua beranak ni sama jer.. like father like daughter.. punyer la rakus mengerjakan deli wing tu..



budak kecik ni x yah citer dia la yg terover excited!!



Pizza yang menggiurkan... nyum nyum..
.
.
Apa pon happy 7 th bday Adik.. moga jd anak yg solehah, sentiasa excellent, cergas, cerdas dan tak kedekut!!.. ;)

Tengok Wayang Lagik!!

Semalam aku ambik half day balik awal coz nak bwk naylie g klinik. Aku kalo g klinik gomen ni sker g petg2 coz tak sebz pagi.. kalo petang ni biasanya aku menunggu dalam sejam mcm tu tp kalo pagi.. kompom setengah hari punyer.. Lagipon kalo aku balik awal dari opis jln tak la jem so tak la tensen kan,..
.
.

Semalam gak Bie tak keje so sesampai aku kat umah nak menjemput diorg ni Bie kata dia lapar just pegi drivie thru mcD order lunch set utk kitorg (kan murah kan,..) and happy meal tuk naylie..
.
Than sampai kat klinik Bie tggu dlm kete sambil menjamah mknn dia. Aku lg sker kalo dia tggu dlm kete dr dia ikot g klinik sbb aku jd tensen biler dia asyik tgk jam..
.


Atas ni aksi2 Naylie dalam klinik. Dah besar ni tak la lasak mcm dulu.. masa dia kecik punyer la lasak dah la xnak pegang asyik la lari menuju keluar aku tkt nurse panggil tak dgr plak kan,.. biasalah nurse klinik gomen ni ramai yg hormon x stabil. nak hangin jer kejenyer..
.
Biler timbang berat Naylie dah 13.9 kg.. Nurse kata normal sebab baru 3 bulan lepas g check berat dia 13 kg. Suppose 6 bulan sekali tp sbb yg lepas tu berat dia naik sikit sgt dalam tempoh 6 bulan (sebelum tu 12.5 kg) tu yg dia soh 3 bulan datang balik coz takut kecacingan.. Appointment seterusnya 2.9.2009 .. kena dtg balik... :(
.
.

Balik dari klinik kitorng g JJ Bukit Tinggi.. tengokla 2 beranak tu menonong jer tinggalkan aku kat belakang.. kesian aku kan..

.€
.

Tengok la ni budak kedekut.. babah dia belikan cheezel ni di bedalnyer makan sorang2.. aku mintak dia paling ke lain..


Kitorang tengok citer ni... citer nyer kelakar tp aku rasa yang 1st lagi best kot.. citer ni pon kategori dah basi yelah dah sebulan ditayangkan. Sebenarnya kitorang nak tgk Street Fighter atau The Punisher tp sebab utk tygan 18 thn ke atas and aku bwk budak kecik diorg x bg.. walaupon aku x nak beli tiket kanak2 dia still x bagi.. alahai,.. nnt kita g tgk berdua la ye Bie.. tinggalkan budak kecik tu kat umah.. hu hu..
.
Boleh plak dalam panggung tu Naylie dapat geng.. mcm biasalah biler pop corn dia dah abis dia pon buat lawatan sosial dgn kwn baru dia tu kat dlm panggung.. nasib baik org tak ramai kalo tak harus aku kena maki kan,.. hmm..