Showing posts with label Tag. Show all posts
Showing posts with label Tag. Show all posts

Saturday, June 13, 2009

Mari MengGoooooogle.. Tag From Sis Zana

Nak settle kan salah satu tag.. yg ni from Sis Zana

Kali ni kena menggoogle la yer..

So, the rules are simple. Use Google Image to search
the answers to the questions below.
Then you must choose a picture in the first page of the results,
and post it as your answer.
After that tag 6 people.


I am

^bukti yg aku google 'mama naylie' and kuar gamba tu.. x caya try ler.. hehe
.
I really want to go

-Ni gambo Bandung, Indonesia yer.. tah aku asyik termimpi2 jer nak g sini... hmm ada sapa2 yg nak realisasikannyer??? -

My fav place...



My fav colour...

black and white

colourful
..
My fav food...

yummy....

..
My fav drink...


sssllluuuurrrrppppp
.
.
My fav movie...


tengok 800 kali pon x boring..



I was born...

@ port dickson

I live at...


selangor


My hobby is...





I want ...



lagi...


i would like to tag...

Ok settle..

Wednesday, May 20, 2009

Award Tag From Sally aka Mama Wafiy



Award ni aku terima dari Mama Wafiy yang jugak merupakan wife kepada classmate aku masa blaja kat Poli Shah Alam dulu.. Baru jer dapat baby girl.. seronok kan,.. dah sepasang anak dia.. Tima kasih Sally.. tah biler la sy dpt g tgk baby awak kan,..


Syarat tag ni seperti berikut..

1. Letakkan logo award ini di blog anda

- Settle -


2. Anugerahkan award ini kepada 10 Blog yang anda anggap paling berinspirasi dan sangat mesra


3. Pastikan anda menyatakan penghargaan ini melalui ‘backlink’ dengan blog yang anda anggap paling memberikan inspirasi dan mesra dari blog anda.


4. Informasikan penerima award mengenai award yang mereka terima dengan menyatakan komen di blog mereka.

Okey award ni aku taknak kategori sebagai tag la yer,... aku lg sker bagi jer kat org yg aku listkan ni.. dia soh 10 kan,.. so aku list kan 10 yer.. kalo yg 10 org ni nak bagi kat org lain terpulang,.. kalo dah ada nak simpan jer pon ok,.. so 10 yg disenaraikan adalah... (sambil ada background bunyik drum.. korang dgr tak??)


1. Dee - sgt memberi aku inspirasi bab makan. dia suke sgt tyg makanan kat blog dia.. pastu makanan2 nya sedap2 pulak tu.. kengkadang macam nak jilat je pc ni.. (itu ayat tipu je..).. seorg yg friendly and rajin ketemu dgn blogger2 (biler la turn kita nak ketemu kan,..) dia jugak byk pengalaman.. blog dia pon sempoi.. suka jugak baca telatah 2 org princess dia yg cute tu, mcm mak dia jugak.. ;)
.
2. Ayu - atau lebih popular dgn nama ayu the sun. sgt ceria dan cute orgnyer.. blog dia byk berkisar ttg aktiviti dia. dan dia sgt rajin menghadiri majlis2 keluarga. Kebanyakan entry dia pasal family and friends. Seorg yang penyayang.. yg menginspirasikan aku agar menyayangi org di sekeliling aku..
.
3. Finee - Mama adam yg cute tu.. seorg pendidik yg jugak seorg kak andam.. (nak panggil mak andam muda lagi..).. sgt penyabar dlm menjalankan keje2 yg sgt mencabar. yg buatkan aku bersyukur kerana mcm mana susah keje dan tanggungjawab aku,.. ada org alami sesuatu yg lebih berat dari itu..
.
4. Mommy Lily - Sker baca story pasal lily yg comel serta mommy yg ceria. Biler g blog mommy pon perot akan berkeroncong sbb mommy sker jugak publish pasal makanan.. lagi biler ada kek.. rasa macam nak kunyah jer skrin pc ni.. hehehe
.
5. Miim - Aku ni kan dok kat Malaysia jer.. itupon tak abis pusing lagi. Biler baca citer Miim yg duduk kat UK ni mmg best. Sgt mmberi inspirasi. Sekurg2nya walaupon aku x penah pegi tempat tu aku tau la ada nama tempat tu.. pastu Miim pun rajin menjelajah.. seronok kan.. jauh berjalan luas pemandangan. (paling jauh aku berjalan 13 km. Yang lain naik kenderaan.. hehe)
.
6. Hajar - aka Nyonya Pie.. of coz la sgt mesra dan mmberi inspirasi.. sifu aku ni. kalo dia tak de maybe aku x de blog ni.. thank you sifu!.. seorg yg sgt baik dan tabah.. selalu tlg aku biler aku susah.. dah lebih dari adik sendiri.. sebab tu kalo jd apa2 pada dia aku sgt susah hati..
.
7. CT Nabilah - bg inspirasi dgn resepi2 yg istimewa.. ada gak yg aku dah cuba ada yg br print tp belom buat.. he he he.. dia pon duduk jauh.. seronoknyer kan,.. hmm
.
8. Suziey:.. Blog dia sgt mesra. dia akan menceritakan sesuatu kejadian dgn sedetailnyer sampai kdg2 aku boleh bygkan mcm mana kejadian tu.. pastu anaknyer aqeel sgt la cute.. mcm nak cubit jer pipi dia yg kemerahan tu.. hehehe
.
9. Connie:.. bg inspirasi kat aku bab buat tag. dia rajin buat tag.. ni yg aku bersemangat nak settlekan tag2 yg tertunggak ni.. huhu..
.
10. Kak Tie:.. blog nyer juga sgt mesra. ada info2 yg bagus dan berkisar juga kisah dia dan family.. tukang komen kat blog dia pon mesra2 dan berinspirasi belaka..
.
Utk kali ni yg 10 ni je dulu yer.. ada lg award yg menanti yg lain2.. maklumler tag tgh queue.. hehehe

Saturday, May 16, 2009

Gambo Dolu-dolu .. Tag from Dee

Aku telah di tag oleh Dee. Nak gambo masa kecik katanyer.. aku dah penah kuarkan entry pasal gambo aku dulu2 jadi aku malas nak selongkar muzium carik gambo lain so aku recycle balik gambo tu aci tak??? Lagi pon masa tu aku tak bgtau pon kat korang aku yg mana satu kan,.. jadi mari kita tengok...

A. SILA PAMERKAN GAMBAR ANDA KETIKA KECIL (MAXIMUM GAMBAR ADALAH 5 KEPING)

Ok dah dipamerkan.. and 3 keping jer.. so x lebih dari 5 kan,..
.
B. SILA PERIHALKAN GAMBAR TERSEBUT (CTH: TIKA@SEWAKTU BILA, DIMANA, OR ETC)
.
Gambar satu.
Masa ni aku belom setahun rasanya. ambik gambo kat kedai gambo..
.
Gambar dua
aku yang duduk dan kiri sekali. Cepatkan transformasi dari seorg baby yg agak comel kepada kanak2 yang kurus kering. Kalo tak salah masa ni malam raya. umur tak ingat. kakak aku yang betol2 kat belakang aku. yang lain sumer cousin.
.
Gambar tiga
Aku yang muka sentap belah kanan sekali. Masa ni mak, ayah, kakak dan adik aku yg baring tu nak balik ke Klang. Masa ni cuti sekolah. Aku kena tinggal kat kampung.. tu yang muka sentap tu sebab tak dapat ikut.. Kakak aku yang kat tengah2 duduk kat tangga. Kiri dan kanan dia tu sepupu kitorg. Diorg adik beradik. Anak yatim. Memang nenek yang bela dari diorang kecik. Yang kiri sekali sepupu jugak. Anak tunggal skrg ikut suami .. tinggal la mak dan ayah dia honeymoon kat rumah..
.
C. TIKA INI ANDA MERUPAKAN ANAK YANG KEBERAPA DALAM KELUARGA
.
Gambar satu.. time ni aku bongsu anak kedua
Gambar dua.. time ni bongsu lagi la rasanya.. anak kedua la jugak
Gambar tiga.. dah xde istilah bongsunyer.. dah kuar dah satu2 nya lelaki dlm adik
beradik aku.. tp aku tetap anak kedua.. :D
.
D. PERIHALKAN TINGKAHLAKU/TABIAT/PE'EL,PERANGAI ANDA WAKTU ITU
Sangat kurus. Jalan boleh melayang2. Suka menyanyi dan terkinja2 (mak aku yang kata) ala.. kecik lagi org tak heran cuba skrg ni.. mau aku kena rejam., huhu.. suka ckp sorg2 and berangan jugak,.. lasak.. boleh tahan la.. suka panjat pokok ceri.. sampaikan mak aku asah parang nak tebang pokok ceri bila aku tak dpt ngaji.. huhu

.
E. KONGSIKAN BERSAMA TAG INI KEPADA RAKAN ANDA (MAXIMUM 15 ORG)

1. Ada Ayrissa
2. Jesnita

3. Mamawafiy

4. Haja Darlingz
5. Connie
6. Ida Shah

7. Finee
8. Mama Ranggie

9. Kak Tie
10. Fahlawi
.
Ok.. selamat menyettlekan yer korang.. kalo ada yg dah buat tu nak buat lagi pon ok.. gambo lama2 kan byk lagi kan,.. he he he.. ha! awie.. sy tau awie x buat lagi.. jgn cengelat yer.. heheheh.. :D

Tag Difikiran Aku....

Dulu sebelum kenal dunia blog ni aku tak tahu tag tu menda. Yang aku tau tag yg biasa2 la mcm name tag tu.. biler dah berblog ni tahulah aku tag tu gupenyer mcm assignment yg kita kena settlekan biler nama kita 'naik' kat blog org yang mengetag kita..
.
First time kena tag rasa seronok sangat. Macam glamer jer biler org letak nama kita kat blog dia.. pyer la excited dpt jer terus buat.. tak de lengah2 nyer.. yelah baru2 kan, list nama pon x ramai lagi.. yg add pon x ramai jugak.. jd yg ngetag pon tak byk la..
.
Tag ni pon penyelamat jugak. Bak kata Dee biler kering idea tag la yg bantu kita cover entry2 yg akan kuar di blog ni. Yelah idea ni pon kadang2 gersang jugak tak mau muncul.. lagi2 kalo xde aktiviti. Tak tahu mende apa la yg nak ditepekkan kat sini.. Jadi tag la yg menjadi mangsanya.
.
Yang paling best biler ada award tag.. rasa seperti berjalan di carpet merah plak. nak g ambik award la katakan.. tp ni spesel xyah baju lawa2, xde sponsor pon takpe, pakai bedak sejuk je pon ok,.. speech panjang berjela pon no hal lah xde orang marah punyer, paling best boleh syer lagi dgn semua orang..
.
Tapi sekarang ni mood aku x menentu.. aku dah jarang update story apatah lagi menyettlekan tag. Aku agak keletihan la lately. Ada beberapa tag yg queue tunggu utk di settlekan. Aku akan kuatkan semangat untuk menyettlekan semuanya. Nak kata banyak sangat tu tak la.. tp kalo lebih dari satu pon kategori banyak kan.. he he.. Ada ayrissa kata kalo tahun 2020 baru settle pon takpe.. tp idok ler sampai gitukan,.. jgn risau aku akan settlekan satu persatu.. kalau buat tag ajer boring plak kan, aku selang seli kan la ye.. (eh ada plak nama bie.. huhu). Lagi pon pada pendapat aku apabila kita di tag oleh ramai orang maknenyer orang ingat kat kita dan orang tu selalu dtg dan baca story kat blog kita.. jadi untuk menghargai mereka aku akan settlekan jugak.. walaupon memakan masa yg lama....

Tuesday, May 12, 2009

Menjawab Tag dari Ada Ayrissa ;)



1st, download your favourite photo using effects at PhotoFunia

1) Do you think you are HOT?
HOT??? ala kadar jer kot,... tp cuaca skrg mmg very the hottest!! mak x tahan nok!..

2) Why do you like this picture?
Suker sbb rasa mcm glamer jer.. sepanduk muka aku dimana2.. wah.. hati berbunga riang..

3) When was the last time you ate pizza?
- semalam kat opis. Boss bwk.. sedap sekali..

4) The last song you listen to?
- Can't take my eyes off of you.. sebb bie download lagu ni tadi..

5) What are you doing right now besides this?
- melantak maggie.. siap letak chicken ball and cili api.. hmmm sedap sekali mcm nak lagi jer... huhu

6) What name u prefer besides yours?
- hmmm tah la.. dulu sker nama sabrina.. sbb jeles dgn nama kakak aku sazrina.. boleh gitu?? sbnrnya nama kitorg berdasarkan hari kitorg lahir kakak aku ari selasa tu yg nama start from 'S' aku lak.. cuba korang teka hari apa??? haa.. x tau la tu kan,.. kompom la khamis.. x caya cuba check 11.12.1980 hari apa,...

7) People to tag :
- Jesnita
- Suziey
- Hajar Nyonya Pie
- Aleeya
- Nellysuria

8) Who is no.1?
- Cousin Bie.. jarang sangat jumpa, tau story terkini pon melalui blog jer,.. kiranya blog ni merapatkan sillaturrahim la kan,..

9) No.3 is having relationship with?
- of coz dgn hubby dia Mr. Pie .. yg jugak merupakan adik Bie..

10) Say something about no.5?
- One of my bestest frend. Dia sgt baik, slalu support apa jugak yg aku buat. Aku pon akan sentiasa support apa juga yg dia buat.. i love u farra,..

11) How about no.4?
- Rakan blogger yg jugak best friend to my biras.

12) Who is no.2?
- Rakan blogger jugak yang sangat friendly and kelakar.. pastu anak dia aqeel tu cute sgt..
.
okeis nama2 yg disenaraikan sila settlekan tag anda yer,.. kalo dah buat,.. apa lagi... buat tak tau la.. hehehehe

Wednesday, March 11, 2009

Enam Terjunam... Tag!!

Kali ni tag dari Ada Ayrissa plak pasal enam..
.
1. Go to your photos folder in your computer.
2. Go to the 6th folder of photos.
3. Go to the 6th picture in that folder. (alamak folder ke 6 aku ada 4 gambor je so aku g kat folder ke 7 and gambo ke 6 aci tak??..)
4. Put the picture on your blog and description of it.
5. Invite six friends to join the challenge.
6. Link them in your blog and let them know they have been challenged.
So inilah gambo nyer..
.
.
.
.
Okeylah story about this picture.. gambo ni diambil masa majlis perkahwinan mak cik aku , iaitu adik ayah aku yang bongsu. And gambo ni kat belah lelaki di Banting, Selangor. Masa ni aku ingat lagi kasut Naylie tinggal dalam kete so kitorng gilir2 dukung dia.. barulah tau yang Naylie semangat masa tu.. yelah selalu dukung kejap2 jer,.. ni sekali kena dukung agak lama la jugak mau patah pinggang.. Tapi ok gak dia takde kasut time ni kalo tak mau dai tawaf umah pengantin ni.. Dan dia memang manja dengan babah dia.. tu yang possing ala2 ngades tu! jeles I,.. he he he ;)
.
.
so giliran 6 orang di bawah tuk buat tag ni oraiiiittt!!!
.
.
.: Ayu the Sun :.
.: Connie :.
.: CT Nabilah :.
.: Nyonya Pie :.
.: Nani Cokolat :.
.: Mommy Lily :.
.

Monday, March 2, 2009

Kawen-kawen,.. TAG

Tag from Connie..

For all you married people out there! Tag your married friends that you want to know about.


1. When was your engagement? --»
October 2002

2. When is your marriage anniversary? --»
23 August 2003

3. How long have you known your spouse? --»
Since 1995

4. How long did you date before you got engaged? --»
2 years

5. Where did you meet your spouse? --»
Sekul..

6. What is your spouse’s full name? --»
Sharizal bin Mohd Yusof

7. Do you have any children? --»
Yes

8. How many? --»
A girl

9. Do you have any pets? --»
Nope

10. Do you own or rent? --»
own

11. Do you live in the country, city/town? --»
Kategori kampung la kawasan aku ni..

12. What is your favorite activity you do together? --»
Watching, eating, dating, swimming, cooking, sleeping...

13. Do you have a favorite vacation spot? --»
waterfall @ beach

14. How many siblings do you have including in-laws? --»
6 orang ..

15. What mosque do you attend? --»
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.. aka MASJID NEGERI SELANGOR

16. Is this the mosque you got marrried in? --»
Nope.. nikah kat umah jer.. tp kursus kawen kat sini..

17. What town is your current address? --»
Telok Panglima Garang

18. Do you work or stay home? --»
Working

19. Where did you go for your honeymoon? --»
Jauh giler.. PORT DICKSON.. jauh kan.. he he he

20. Leave a piece of marriage advice: --»
Love, Trust, Understand, Responsible, Give and Take with each other.. ;)


skrg ni giliran yg disenaraikan kat bawah ni plak buat tag ni okey!

Nellysuria
Jesnita€
Rasp
Aleeya
Ada Ayrissa
Ida Shah
Imz
Kak Rose @ Crazy Beautiful
Miim
Suziey

Tuesday, February 24, 2009

Tag... Pregnant???

- naylie masa ni baru jer kuar dari labor room -



Kali ni kena tag dengan Connie.. ni citer pasal pregnant la yer..

1. WAS YOUR FIRST PREGNANCY PLANNED?
Nope.. tp rezeki lambat lepas 2 tahun baru kompom pregnant2.


2. WHAT WAS YOUR SECOND CHOICE NAME FOR YOUR OPPOSITE GENDER NAME?
Mulya Jeffryzal Shah


3. WHAT WERE YOUR REACTIONS?
Of coz la gumbira + terkejut coz dah lama kan,.. ingat mcm tak de harapan jer..

4. HOW OLD WERE YOU?
25 ..

5. HOW DID YOU FIND OUT YOU WERE PREGNANT?
Check sendiri coz badan rasa mcm x best dah makan ubat tp period still x turun sbb mmg x regular and x aspect langsung akn pragnent. Lepas check tu tgk +ve g scan kat klinik dah 9 week gupanya…

6. WHO DID YOU TELL FIRST?
Bie..

7. DID YOU WANT TO FIND OUT THE SEX?
Mestilah tp smpai dah nak bersalin pon tak nampak.. dia sorok.. pemalu tol anak aku.. :p

8. DUE DATE?
6 may 2006

9. DID YOU HAVE MORNING SICKNESS?
Awal2 ada.. tp bukan morning la.. lebih kepada evening sickness.. sebbnyer asal petg jer mula lah buat hal..

10. WHAT DID YOU CRAVE?
Air kelapa

11. WHO/WHAT IRRITATED YOU THE MOST?
Anak kakak aku,.. yang sulung and yang no. 2..

12. WHAT WAS YOUR FIRST CHILD'S SEX?
Girl

13. DID YOU WISH YOU HAD THE OPPOSITE SEX ?
Mmg aku wish nak boy lak pas ni tp Bie lebih suka kalo girl.. tp kalo dah rezeki apa pon aku terima..

14. HOW MANY POUNDS DID YOU GAIN THROUGHOUT THE PREGNANCY?
10 kg ++

15. DID YOU HAVE A BABY SHOWER?
Tak de :(

no. 16 takde terus ke no. 17 je lah ..

17. DID YOU HAVE ANY COMPLICATIONS DURING YOUR PREGNANCY?

Takde jgk...

18. WHERE DID YOU GIVE BIRTH?
Hospital Banting, Selangor
.
19. HOW MANY HOURS WERE YOU IN LABOR?
Tak lama sgt dalam sejam setengah mcm tu..
.
20. WHO DROVE YOU TO THE HOSPITAL?
Bie..
.
21. WHO WATCHED YOU GIVE BIRTH?
Doc & Nurse sebb tak sempat bgtau Bie.. tau2 dah deliver jer..
.
22. WAS IT NATURAL OR C-SECTION?
Natural
.
23. DID YOU TAKE MEDICINE TO EASE THE PAIN?
Tak de..
.
24. HOW MUCH DID YOUR CHILD WEIGH?
3 kg
.
25. WHEN WAS YOUR CHILD ACTUALLY BORN ?
3 may 2006
.
26. WHAT DID YOU NAME HIM/HER?
Cahaya Naylie Elyza
.
27. HOW OLD IS YOUR FIRST BORN TODAY?
2 years and 9 month
.
28. WOULD YOU DO IT AGAIN?
Tgh dalam percubaan.. moga2 berjaya la .. he he he :D
.
Now i wanna tag :
Dee,
Mommy Lily,
Nyonya Pie,
Jesnita,
Salina,
Rasp
Mama Aqilah


Thursday, February 19, 2009

Romantik.. Tag!

Kali ni aku nak kasi settle dulu salah satu tag.. ni from mama wafiy aka Sally.
.
Tagnyer pasal felem2 romantik.. owh aku ni layan gak citer2 romantik ni.. lagi2 felem cina tapi tajuk aku tak ingatla.. nak2 bulan february byk la felem2 cina yg romantik2..

.
.

Please copy the following rules in your post.
1. You have to point out 5 romantic movies that you would love to share with your loved ones.

2. It doesn’t have to be in order.. as long as you love the movies, it will be fine.

So felem2 yang aku kategorikan romantik ialah..


1) Ibu Mertuaku.. citer ni cara diaorg kenal pon dah romantik dah.. mcm mana Sabariah boleh feeling lentok abis biler dengar alunan seksofon Kasim Selamat. Walaupon tak pernah tgk muka tapi Sabariah boleh feeling tahap tak hengat la.. dalam citer nie P. Ramlee mmg bwk watak romantik sebagai Kassim Selamat bukan jer dgn Sabariah,.. dengan Chombi pon dia romantik, cara dia pujuk.. nyanyi,.. sgt meruntun jiwa.. ok la.. kiranya dgn Sabariah dan Chombi kena la romantik kan pasal awek,.. dgn mak Chombi, Mami pon dia romantik,.. dengan Mamu pon dia romantik,.. sampaikan dgn Mak Sabariah scene kat kubur tu klimaks romantik bg aku la,..


2) Mohabbatein.. aku tau kenapa aku kata romantik sebab masa filem ni ditayangkan aku tgh hangat bercintan cintun jadinya walaopon org kategorikan sbg romantik suam2 kuku tp bagi aku mmg romantik abis.. yelah dia ada 4 kisah cinta yang pelbagai.. dari 3 orang student and 1 dia puyer sifu.. cinta sampai mati ooo.. dh mati pon bley bercinta lagi.. dasat lah!



3) Anakku Sazali.. punyerla romantik lagi2 bab P. Ramlee buat lagu untuk bini dia,.. tiada kata secantik bahasa... seni kata lagu tu je pon dah cukup mendatangkan mood romantik dah.. tp dalam filem ni lagu yg paling aku sker lagu dengan cinta ku bina istana.. hmm mmg best!



4) Titanic.. aku tgk citer nie boleh nangis.. naper tah? sedeh sangat ke?.. maybe la.. ni dah kategori filem sedeh bkn filem romantik la pulak.. tp citer ni romantiknyer selain bab i'm flying tu atau pon u jump i jump tu.. aku sker part masa jack dihujung nyawa.. masa tu kan dia cuma berpaut pada benda apa tah yg si rose ni duk kat atas tu kan,.. biler dia mati tu yang sedeh n scene paling romantik bagi aku.. dasyat la scene mati pon romantik tu.. hu hu..


5) The Holiday.. aku tak sure title dia Holiday atau The Holiday.. pelakon dia Cameron Diaz n Kate Winslet. Diorg tukar rumah masa nak bercuti krismas pasal diorg berdua baru brake up.. masa ni Cameron jumpa abang Kate and Kate jumpa kawan ex boypren Cameron.. Scene yg paling aku sker masa Cameron nak balik ke rumah dia and tinggal la abang Kate kat umah tu kan.. on the way ke airport dalam keta tetiba dia blh menangis sbb seblm ni dia susah nak nangis walaupon dia brake up dgn boypren dia.. so dia rasa dia jumpa org yg sesuai and patah balik ke rumah tu.. sampai kat sana abang Kate ni kuar sambil kesat air mata.. masa tu aku rasa happy sgt.. tah aku plak yg over.. hi hi..
.
.
3. You have to tag another 5 person to answer this tag.
rasa mcm malas nak tag org la.. korang nak buat tak tag ni? kalo nak buat silakan... ;)


Friday, January 23, 2009

Tag Paling Cute

Dah lama tak buat tag jdnyer aku dgn rasa rajin yg amat dan memandangkan belom ada bahan tekini dan sensasi utk blog aku ni jd aku menyettlekan la tag ni okeisss..


So kena lak buat ikut step2 yg telah ditentukan oleh pihak yg berwajib..


1. Copy Badge ‘2008 Cute’s Blogger Award’ untuk diletakkan di blog anda:


- tadaaaa.. nilah dia batch cute tue,.. -



2. Link atau ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda:

Yg bagi award ni ialah Salina aka Mama Wafiy.. Kitorg pernah jumpa sekali jer,.. walaupon dia wife kepada my classmate masa kat poli dulu tp kitorg kenal di alam cyber.. Orangnyer friendly walaupon br sekali jumpa tapi mcm dah kenal lama.. Tgh tggu 2nd baby.. apapon thanx a lot sally.. moga2 sumernya akan selamat nnt okeisss..



3. Setiap blogger hendaklah menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih pemenang seterusnya:


ok 10 fakta / hobi aku plak ialah:


a) fakta yang bukan auta satu masa aku kecik aku dah berdikari umur 9 tahun (darjah 3) aku uruskan diri sendiri pegi sekolah naik bas awam.. iya,.. bas awam.. dan jarak perjalanannya sejauh hampir 13 km.. dari sijangkang ke bandar klang masa tu tambang bas kanak2 30 sen.. duit belanja cuma singgit.. 60 sen tambang bas pegi balik dan belanja aku cuma 40 sen.. tapi aku biasa bwk bekal... kalo nak makan sedap aku akan takyah sesusah bgtau je kat mak aku nnt dia bg la duit lebih.. :D


b) fakta kedua yg ada auta skit2 ialah.. aku rabun makanya aku spacky.. sejak umur 11 tahun spek aku dah tebal dah.. puncanya kan aku sorg2 pastu plak sekolah sessi petang pepagi buta aku bgn aku akan layan cerita P. Ramlee sambil aku peluk tv tu.. (itu auta la.. mcm mana nak tgk tv kalo aku peluk kan,..).. dulu pakai video tape,.. aku akan rewind mana2 babak yg aku sker.. ala mcm citer home alone buat tue.. diorg ambik dari cerita aku laaa (korg rasa ni auta ke fakta?.. he he he).. oleh sebb sker tgk tv and tgk tv dekat2 ha! ambik.. spek aku tebal giler dah mcm kamus dewan tebalnyer.. :D


c) fakta no. 3.. dulu aku kurus kering,.. sampai org kata aku melayang bila di tiup angin tp sejak mak aku buka kedai makan dan hari2 aku bedal nasi ayam.. hasilnya ialah kegebuan aku kekal hingga sekarang (dulu aku susah nak dpt nasi ayam tu yang bila mak aku meniaga nasi ayam aku mcm jakun tu.. hari2 soh mak aku tapau walaupon mak aku balik larut malam)


d) fakta seterusnya,.. aku anak tengah2 adik beradik 3 org kakak aku dah kawen adik aku belom kawen.. diorg berdua meniaga mcm mak aku,.. aku jer keje gomen.. jdnyer biler weekend aku tlg mak aku meniaga dapat upah.. tp sebenarnya aku tlg ikhlas mak aku yg nak bg pastu aku bg dia balik tp bukan duit la,.. aku belikan baju ke,.. tudung ke,.. atau dia nak apa2 aku belikan la ikut kemampuan aku time tu huhu..


e) lagi,.. aku ambik lesen umur 18 tahun lepas spm aku keje kat kedai mak aku jadi duit upah tu mak aku simpan and daftarkan aku kelas memandu sampai aku dpt lesen.. aku ada lesen keta je moto tadak aku takut nak bwk motor kat jalan besar.. lagi2 lepas accident jatuh motor lagi la aku takutttt..


f) next aku kawen umur 23 tahun sama la laki akupon,.. kitorg sebaya. ada sorg kakak kat opis aku tanya kenapa aku kawen muda pastu aku ckp la biasalah org gatal je kawen.. pastu ada plak sorg kakak ni cakap.. akak tak gatal tapi kawen jugak.. dalam hati aku kata blah la.. lepas kawen takkan ko borak2 je dgn laki ko kan,.. he he he


g) pastu,.. malas la citer pasal anak aku kan,.. kiranya yg fakta baru sorg la.. yg autanya akan masuk dua.. tp tahun biler aku tak tahu la.. aku berusaha jer.. lain2 bukan keje aku kan....


h) hobi lah plak eh! bila lapang sker blogging, main game tgk tv especially citer P. Ramlee (tp skrg ni diorg ada buat versi baru pon layan gak la kan,.. aku paling sker org minyak naik minyak.. kurang hassam betolla que tu kan,.. )


i) aku buat kuih setiap pagi.. (kalo aku tak ngantuk atau tidor ku diganggu).. sebb mak aku soh aku buat kuih letak kat tempat dia jual nasi lemak..biasanya aku buat donut, pau goreng, kek kukus coklat (tp aku tipu customer mak aku, aku ckp apam coklat .. boleh la ek!) kalo ada keledek aku buat la keria and cek mek molek.. pukul 4 pagi aku dah bgn.. tu yg kdg2 kalo korang perasan aku ada bg komen pukul 4 @ 5 pagi.. aku tgk buat kuih sambil blogging la tu.. hu hu...


j) ini fakta yg sebenar2 fakta.. aku sayang semua org yang berada disekeliling aku,.. tanpa diorg sumer sapalah aku.. termasuk la korg2 yg baca blog aku.. kalo takde korg takde maknernya aku blogging kan,.. walaupon blog aku ni lebih menjurus kepada isu2 personal tapi kalo bukan sebb aku nak syer dgn korg2 sumer takkan aku publish kan,.. baik aku tulis dlm diary jer,.. thanx utk yg bagi support.. i love all of u.. muah muah muah!!!!

Aku rasa ramai yg dah buat tag cute nie kan,.. makanya aku tak nak tag sesapa.. daaaa....

Sunday, December 28, 2008

Tag From Mommy Lily

Boleh dikatakan byk gak la tag yg aku tak buat,.. bukan tak sudi tapi masa tu kebizian kononnyer,.. so mintak maap byk2 la mana yg tagnya aku tak jawab tu yer,.. jgn serik la tag aku next time..
.
Kali ni aku dgn keadaan yg tak berapa nak mmbizi body so aku jawab la tag dari Mommy Lily. Kesempatan ni aku nk bgtau gak la kat sesapa yg kehilangan link bg blog mommy lily clik jer kat link dia tue,.. yg nie link dia yg baru yg lama tak tahu nak citer camaner hilang begitu saja,..
.
So tag mommy tu bunyik nyer ginilah yer...
.
Tuliskan 10 perkara tentang orang yang TAG kamu:
.
So nak citer la pasal Mommy Lily nie ek!..
walaopon kenal di alam cyber jer tp rasanya boleh la nak kategorikan Mommy mcm ni,..
.
1. Cute (sudah semestinyer)
.
2. Anak dia Lily pon cute sgt
.
3. Hubby dia pon cute gaks
,
4. Sporting
.
5. Kreatif
.
6. Caring
.
7. Loving
.
8. Friendly
.
9. Baik hati
.
10. Suka makan kot,.. yelah mommy selalu gak tyg makanan2 yg menggiurkan.. bikin i leleh u,.. hu hu hu
.
Masukkan emo yang kamu suka :
.
; )
.
Senaraikan novel kegemaran kamu:
.
Aku memang jarang sgt baca novel so yg latest aku baca is Ayat2 Cinta.. hmmm tu je lah!..
/
Senaraikan 5 BENDA yang kamu sayang:
.
laptop ku
handpon ku
oven ku
blender ku
komputer opis ku
.
Tag 7 orang dengan link blognya :
.

Thursday, November 6, 2008

Tag!....

Kena tag dr Haja Darlingz...


The rules:
1) Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now.
2) Don't change your clothes, don't fix your hair...just take a picture.
3) Post that picture with NO editing.
4) Post these instruction with your picture.
5) Tag 10 people to do this ~

So... hasilnyer gini lah yer...


- aku suruh opismate aku kak zera tlg snap gambo aku..

- mmg tak de edit aper2, tak salin baju pon.. (dah kat opis kan...)

- disebabkan dah petang so muka ala kadar je lah yer harap maklum... -

- aku tgk ramai yg dah buat tag nie so aku tak yah la tag sesaper ek! tapi kalo ada yg teringin nak buat... apa salahnyer.. buat je le... hu hu

Thursday, October 23, 2008

Cool... tag


1. Put the logo on your blog.
2. Add a link to the person who awarded you.
3. Nominate 10 other blogs.
4. Add links to those blogs on yours.
5. Leave a message for your nominees on their blogs.


Hmmmm.... dgn rasa bangga n riaknyer aku terima award ni from my best fren yg paling cool, farra.. Tq soooo very much dear.. so dgn bangga gak aku nak pas award nie kepada....
-
1. Fazlynn -- betol kata farra, dah basi.. update la blog ko plzzzz... ;)
-
2. Haja darlingz -- u r really cool!! of coz la my sifu kan... ;)
-
3. Ita.itu -- tau, kompem ko tak buat nyer tag nie but mmg sgt cool la blog ko.. tak singgah bley demam oooo..
-
4. Ayu -- update more n more n more ye yang.. sker baca ur story mory..
-
5. Aleeya -- i always want to know more about the other side of u.. he he
-
6. Ada Ayrissa -- i'm always listening to voice of ur heart.. tak penah boring pown..
-
7. Salina -- mmg cool la blog u sally coz.... its green.. he he love it!.. update more ya ;)
-
8. Si Riben Merah -- u mmg cool la adik,.. sentiasa tggu whats new from miss riben.. =p
-
9. Mommy Lily -- mommy mmg blogger yg cool n friendly la.. love to read ur blog..
-
10. Mama Ranggie -- nice knowing u.. n tak sabar tggu ur new baby..
-
jadi kepada semua di atas korang mmg layak untuk mendapat award ni... coz korang sumer mmg blogger yg cooooool ; )
-
* patutla sejuk... hujan rupanyer..

Tuesday, October 14, 2008

Top.. Top.. Top Up --> Tag

Waah.. tag mengetag kembali lagi.. Kali ni aku nak settlekan tag yang di bagi oleh Miss Iyra.. SiRibEn MeRaH.. soo layan jer lah yer..

top 2 things found in your wallet as always:
1. IC
2. Driving Licence
top 2 things to do when i’m sad:
1. Crying
2. Eating

top 2 songs you can listen to again and again:
1. Usah Lepaskan - Taufik Batisah
2. Poco poco (kena dengar ulang2 selagi step tak abis kan… he he)

top 2 reasons to watch television:
1. To watch news
2. Comfirm la sebb nak tgk citer favorite

top 2 places I’d want to visit 10 years from now:
1. Madinah
2. mana2 asalkan sejuk n byk bunga n buah2an

top 2 current obsessions:
1. My Cahaya .. kerap sgt tak sihat skrg nie..
2. Claim anggota yang dah pencen nie.. byk sgt problemnyer.. fenin, fenin..

top 2 favorite nickname:
1. khas
2. Angah

top 2 favorite food:
1. Donut
2. Nasi Lemak Mak Jah
top 2 favorite snacks:
1. twisties
2. cheezles

top 2 favorite website:
1. blogger
2. friendster

top 2 goals you want to accomplish:
1. Pay all debts..
2. RM100k in my saving accounts.. biler la boleh tercapai yer..

top 2 favorite to do:
1. sleeping
2. blogging

top 2 favorite places:
1. office.. dah separuh hari kena dok sini of coz la jadi favorite place
2. my home sweet home

top 2 things i can’t wait to happen:
1. Jamuan Raya @ office
2. Open house this weekend

top 2 places where I love to shop:
1. Jaya Jusco
2. Tesco

top 2 persons to tag:
1. Mama Wafiy
2. Mama Aqilah

Friday, September 12, 2008

Tag---> about me!

Ada Ayrissa telah ngetag I... check it out!! owwch!


Each blogger must post these rules first
* Each blogger starts with eight random facts/habits about themselves.
* Bloggers that are tagged need to write on their own blog about their eight things and post these rules.
* At the end of your blog, you need to choose eight people to get tagged and list their names.
* Don’t forget to leave them a comment telling them they’ve been tagged, and to read your blog


8 random facts/habits about me :


1) Simple -- aku nie mmg simple la orgnyer. Tak kesah pasal aper pon sumer aku blasah jer. Tak memilih pon..


2) Suka membebel-- bukan suka actually.. tp terpaksa.. lagi2 dgn 2 org yg serumah dgn aku tuh.. saper lagi my lovess tue lah.. kalo pagi kompem radio aku start bbunyik.. yg 2 beranak ni lagi org nak cepat lagi dia berangan la.. termenung la..


3) Suka makan-- lagi2 kalo mak aku masak.. sedap sgt u allssss.


4) Suka donut-- aku bukan stakat suka makan jer donut nie.. buat pon aku suker cuma aku tak taulah ada ker org suker makan donut yg aku buat tuh! he he


5) Suka gigit-- he he.. aku kalo geram mmg aku akan gigit aper ajer yg berada di depan aku.. kalo masa tue ada bantal aku gigit bantal kalo ada tangan anak aku.. aku gigit tgn dia.. kalo ada bahu laki aku.. aku gigt gak.. jgn pelek yer kalo kat diorg byk bekas gigi.. itu bukan gigitan pontianak itu aku yg gigit he he he.. mak aku jer aku tak berani gigit.. dia slalu buat tindakan refleks silap aribulan diterajang nyer aku huhu.. jadi aku gigit jari je lah..


6) Tak boleh org mintak tolong-- bukan nak kata aku baik la tp aku jenis tak sampai hati.. kalo org mintak tolong kalo aku tak buat mcm bersalah sangat.. nnt mulalah aku pikir yg bukan2.. risau.. takut.. sumer ada..


7) Suka Tido-- mmglah best kalo dpt tido.. lagi2 kalo tempat tue sejuk.. tilam nyer empok.. suasananya sunyi.. kompem aku akan tido selena lenanya..


8)Peramah n pemarah-- hangin aku ni tak berapa betol sangat la.. kadang2 aku cepat nau nak melenting. Tapi kadang2 aku buat dek jer buat tak kesah.. pastu kalo org tak kenal aku mesti dia kata aku sombong, eksen, berlagak dan seangkatan dengannyer.. tapi biler dah kenal baru la tau aku nie jenis yg agak ramah tamah gitu.. he he ..


Jadik seterusnya aku pass plak kat korg2 yg disenaraikan utk buat tag nie wokeh!!!

1) Haja Darlingz

2) Ayu

3) Mommy Lily

4) Nelly Suria

5) Mama Aqilah

6) Aleeya

7) Mama Ranggie

8) Mama Wafiy

Nama2 nie aku main petik jer.. kalo ada yg dah menyettlekan tag nie buat aper lagi... buat dono jer lah yer.. he he...

Tuesday, September 2, 2008

Tag, tag, tag, tag....

Tag lagik???!!!! hadoi.. kali ni di tag oleh mommy lily.. so.. layan jer lah aper yg di tagkannyer.. he he..

The rules of the game get posted at the beginning. Each player answer the question about themselves. At the end of the post, the player then tags 5 people and posts their names. Then goes to their blogs and leaves them a comment. Letting them to know that they have been tagged. Let the person who tagged you know when you've posted your answer.So now, on to the questions...

1) What were you doing 5 years ago
- Blaja2 bukak business
- Kawen..

2) What are 5 things on your to-do list for today
-masak tuk sahur
-buat kuih
-bagi Naylie makan obat
-nak buat elaun orang pencen
-sidai baju petg nnt..

3) What are 5 snacks you enjoy
- mr potato
- twisties
- cheezels
- m & m
- cokolat..

4) What are five things you would do if you were a billionaire
- bayar hutang piutang..
- saving tuk masa depan
- menunaikan yg wajib (zakat n haji of coz)
- bina mahligai utk sefamili biau kitorg blh tggl sekali..
- bukak company..

5) What are five jobs you've had
- advertising
- customer service
- cashier
- waitress
- clerk

Nak tag ker kat org lain???.. ok lah nie la listnyer..
- ita.itu
- Siribenmerah
- iwan putra
- mama wafiy (dah jd kewajipan la nak letak nama u.. he he)
- fazlynn

sudi2kanla menjawabnyer ye,...

Wednesday, August 13, 2008

Kena Tag Yang Berbunyik...



ANDA HENDAKLAH MENYEDIAKAN SATU UCAPAN BERANGAN
It has been done according to the following rules:

1. The winner may put the logo on her blog.
2. Put a link to the person you got the award from.
3. Nominate 5 blogs.
4. Put links to the blogs.
5. Leave a message for your nominees

Sunggoh tak disangka telah di tag oleh Haja Darlingz.. terharu sangat (suara ala2 sebak.. terharu katanyer..) dapat award nie..

First of all (kalo speech mesti nak start dgn baser omputeh kan..) a million thanx pada penganugerah award nie.. Sebnrnyer baru jer menjebakkan diri dlm arena blog memblog nie.. Sgt syok and addicted.. kalo sehr tak blogging mcm tak makan nasik.. dpt gak kwn baru.. suker merayap kat blog org..

So kpd sumer aku sponsor pengemudian sambil menjelajah seluruh laut china selatan dan aku akan soh kapten bagi cruise nnt masuk skali lautan pacific.. hingga ke artic.. kalo cruise tue tak berjalan maknernyer kita dh langgar iceberg.. Malamnyer korang akan disajikan hidangan dari iron chef dari korea (mknn nyer kompem halal) sambil mendapat hiburan lawak jenaka dari RL Nabil berduet dgn Eddy Murphy dan turut dihiburkan dengan nyanyian Celine Dion yang hanya akan menyanyi dalam bahasa melayu sahaja (orang putih ke orang kuning ke orang hijau ke.. kitakan org Malaysia).. oppss sblm aku lupa pelayaran yang aku sponsor nie selama 5 hari 4 malam kalo cukup bekalan kalo bekalan tak cukup maknernyer pelayaran yang pergi tak kembali lah..

(extreme kan aku punyer berangan..)

Akhir kata untuk sama2 menikmati award ni.. aku anugerahkan pada....

1) Farra
2) Mama Wafiy
3) Mama Aqilah
4) Mama Ranggie
5) Iwan Putra (saje nak soh ko update blog ko tue)

dgn ucapan.. syok ooo berangan, and aku tau korg lagi kreatif bab2 berangan nie kan..

Thursday, July 3, 2008

Tag ngetag.. 1....

Mamawafiy.. awak la the first person tag kiter k.. tapi tak per.. disebbkan ke available lan situasi.. kiter jawab tag awak tue..

.: 1 minit yang lalu, apa anda buat :.

visit blog mamawafiy of coz..kalau tak mana nak tau ada tag nie..

.: 1 hari yang lalu, apa anda buat :.

kalau time gini semalam .. z z z z z z z

.: 1 orang yang terakhir menelefon kamu :.

officemate nama kak yan nak tanyer pasal bowling..

.: 1 makanan yang baru dibeli :.

beli lauk untuk makan tengahari.. banyak jenis gak.. coz kitorg makan ramai2 he he (kena jimat beb!!) tapi balik ni nak beli donut la...

.: 1 barang yang baru hilang :.

kerongsang pearl.. tak tau la letak kat maner???

.: 1 cerita yang baru ditonton :.

malam tadi tgk citer get played (mcm tue la kot tajuk dia) pasal 3 gadis bertaruh untuk pikat seorg stranger.. ok gak la.. of coz la ending dia cinta yg jujur menang..

.: 1 perkara yang baru digosipkan :.

gossip dgn bie pasal anak jiran sebelah bergaduh dgn laki dia.. mak ai rasernyer satu taman boleh dgr diorg perang.. young couple mcm tue lah.. tak pandai lagi nak control emosi..

.: 1 kata yang ingin diluahkan :.

azie cepat la balik opis.. akak boring ko takder...

.: 1 buku yang baru dibaca :.

tak der.. print pekeliling dari internet.. baca news kat internet.. mmm oo ada satu buku katalog he he

.: 1 penyakit yang sering datang :.

ngantuk .. (mamawafiy lupa n malas tue rasernye dah jadi badi la kat kiter.. sentiasa ada.. mcm mana nak ilangkan???)

.: 1 keinginan :.

i want ONE MILLION $$$$ saper nak bagi contact aku k... he he