Showing posts with label Opis. Show all posts
Showing posts with label Opis. Show all posts

Thursday, June 18, 2009

CAHAYA BURGER BOOTH

tada..... ni la dia rupa menu aku untuk hari keluarga PDRM nnt.. simple jer... hasil keje tangan aku n my opismate Azie.. (tq so much..)
.
Tima kasih pada korang2 yang sudi menyumbangkan idea untuk bg nama gerai aku..
.
Ramai yang bg suggestion soh letak CAHAYA .. so aku gabungkan sket idea2 tu so terhasil la...
,
CAHAYA BURGER BOOTH .... by logistic SMS <--- nama dept kena ado.. huhu
,
Jadi sekali lg aku war2kan bg yg berhampiran sudi2 kan lah menyinggah disini pada Sabtu 20 / 6 / 2009 antara jam 7 pg hingga 2 pm (kot!! hehe)..
,
ok.. jumpa di sanaaaaa,,....
,

Tuesday, March 31, 2009

Baru Puas Hati Aku!


Apa kejadahnyer aku letak gambo broadband aku kat sini?.. kalo nak tau lokasi sebenar broadband aku sila teruskan membaca..
.
.

tadaaa... kat sini gupernyer lokasi dia.. kat opis.. kan aku ckp tenet kat opis aku ni lembab mcm lembu nak menopos kan,.. so aku dah tak tahan menanggung tensen.. yelah asal ym je aku ckp sorg2.. punyer la pjg berjela aku berstory boleh org disebelah sana tak terima apa2.. jd aku perlu bertindak! aku perlu kan alternatif lain iaitu bwk broadband aku sendirik!. ha baru puas hati aku.. dpt la aku bertenet dgn tenang sekali... hmmmm

Tuesday, February 24, 2009

Tudung Mrs Mawi

Semalam aku ke Bukit Aman sebab ada demonstrasi pemakaian tudung Ekin di sana. Demonstrasi dibawakan oleh anak syarikat Jakel iaitu Ariani yang mana Ekin merupakan duta syarikat diorg..

.



Masa demonstrasi dilakukan tudung2 tu semua digayakan oleh model ternama Zahnita. Dia pakai jubah warna hijau dan cantek sangat.. jeles aku tengok walaopon dan ada anak satu tapi body tetap langsing..
.



- cute jer Zahnita ni.. tak mcm mak org pon.. (sorry gamba kurang memuaskan) -


Lepas tu korang tengok la tu.. punyer la ramai yang berkerumun.. sebabnyer ialah...


tadaaa... ada Ekin dan diorg tu yang ramai2 td sebok bergambo dgn dia gupanya.. ni plak opismate aku.. Erra pon tak lepas peluang ngambik gambo dgn Ekin..




Aik??? aku pon sama?.. he he he .. yelah kan biler lagi nak dapat peluang begambo dgn artis.. lagi2 Mrs Mawi.. he he he




Friday, February 13, 2009

Jasamu Dikenang

Tarikh: 10 February 2009

Masa: 8.30 pm

Tempat: Hotel Carlton Holiday, Shah Alam
.
.

Malam ni berlangsungnyer jamuan perpisahan big boss yg bertukar ke Penang. Majlis malam ni anjuran Kelab Kompleks SMS PDRM. Disebabkan aku selaku AJK yg bertanggungjawab pegang duit2 segala makhluk ahli kelab ni makanya dengan keterpaksaan aku pon hadir pada malam ni.. Perancangan awal aku book tempat utk aku dan Bie tp disaat akhir ada sorang pegawai nak join terpaksa la Bie tarik diri.. Kesian dia,.. next time la nampaknyer kita g together2 ye,..
.
.

- mc pada malam tu Tn. Basharuddin.. bukan malam tu ajer kalo ada apa juga majlis dia la mc nyer.. kiranya mc ni dah mcm darah daging dia la... -
.
.
- gambo atas tu masam beno muka aku kan,.. maunyer tak boring giler aku menunggu orang.. sebenarnya aku sampai awal sebb kena uruskan registration n pemberian door gift kepada tetamu.. gang yg sama2 kena buat keje ni plak lambat.. jalan jem katanyer.. nak buat camaner kan,.. tu yg muka boring je.. -
.
.
- inilah rupa door giftnyer,.. mcm kotak buluh tu.. seramai 80 tetamu yg hadir termasuk pegawai yang diraikan akan diberikan kotak buluh ni sebab dalamnya ada sesuatu iaitu... -
.
.
- jeng jeng jeng,.. ada nombor untuk cabutan bertuah kat dalamnyer.. so kena la jaga dgn baik.. selain hamper dan hadiah,.. pihak hotel turut bg 2 baucer penginapan percuma untuk 2 orang bagi cabutan bertuah ni.. dan malam ni aku langsung tak bertuah.. apakan daya.. :( -
.
.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa, kemudian bos aku deklamasi sajak sambil di tayang slide gamba2 sepjg big boss di sini. Pastu ucapan dari Tn. Rabuan Pit seterusnya ucapan dari big boss sendiri. Kemudian jamuan makan dimulakan sambil diselangi dengan acara karaoke dan cabutan bertuah...
.
.
- boss aku dgn penuh perasaannyer mmbaca sajak,.. -
.
.
- time ni diorg sumer tgk slide tu.. -


Majlis berakhir jam 11 malam. Then aku terus balik drive sorg2 di mlm hari.. serem jugak tp aku kuat bukan semangat tp kuat kan radio.. nak lagi best aku kuatkan lagi suara aku sendiri.. ala.. bukan orang dengar pon.. kui kui kui..
.
.
Sbnrnya byk aku ngambik gambo mlm ni,.. gambo makanan, hadiah, hamper, cenderahati utk big boss tp tah kenapa maybe sebb pencahayaan nyer kot so hasilnyer mmg hampeh so males la aku nak tempek kat sini.. ala korang pon dah biasa tgk gambo makann n hamper kan,.. he he he..

Tuesday, January 20, 2009

Makan, Makan dan Makan

Tengahari tadi aku ke sini Kelab Shah Alam sebab ada jamuan untuk meraikan Pegawai, Anggota dan Kakitangan Awam yang bertukar dan bersara anjuran Kelab Kompleks SMS PDRM makanya hari ni aku akan menikmati makanan yg enak2.. yeehaaa..
.
Ini plak cenderahati berbentuk cota kecik yg diframekan sebagai cenderahati kepada yang bertukar n bersara tu la..
.
Makanan2 yang lazat menjadi santapan kitorang tadi,.. tapi dalam banyak2 menu tu kan aku rasa telor dadar ni tak perlu la.. dah biasa sangat.. lain la kalo telor dadar ni ada tambahan isi yang spesel kan,.. barulah layanss..
.
.


Ni plak hidangan di pinggan aku,.. adoii perot dah keroncong tak sabar nak makan... heh heh heh..
.
.

Syok betol diorg makan,.. dah tak heran orang kiri kanan dah,.. aku jer yg dok menyenap..
.
.


Burp.. Alhamdulillah.. dah licin pinggan baru lah puas hati aku.. apa lagi kalo dah kenyang ni mata mula la melayu kan,.. sabar sabar..
.
.


Sebenarnya kan time ni aku try snap sendiri gambo aku dgn cenderahati ni pastu sorang boss aku tgk aku punya la terkial2 kan pastu dia offer diri nak snap gambo aku,.. alahai malu lak aku rasa.. pastu ramai la plak suara2 kat belakang boss ni soh aku posing gitu posing gini.. last2 ni la hasilnya,.. apa pon thank you so much sir.. he he he


Aku tak dapat nak ambik gambo aktiviti mcm time penyampaian cenderahati, time begambo dgn big boss, time boss berucap n sebgnya sbb aku ni org belakang tabir,.. nnt la aku mintak kat photographer yg pro ye.. itupon kalo dia nak bg kat aku la kan,..

Thursday, November 20, 2008

Oh.. Redupnyer Opis Ku..

Pagi tadi aku terkejut sket masa masuk opis.. yelah semalam kan aku cuti kan.. jadi apa2 perubahan yg berlaku semalam idok le aku taunyer.. Jadi, aku masuk2 jer opis rasa mendung semacam jer.. rupanya cermin kat bahagian depan opis ni dah di tinted.. memang gelaplah kan..

Yelah diorg asyik mengadu panas. Walaupon dah tambah split unit pyer aircond tapi still terasa bahang. Mana taknyer opis aku kat tengah2 kawasan lapang. jauh sangat dari pokok2.. pastu cermin kat dinding terlalu besar.. kompom cahaya matahari terus tembus directkan.. tu yang membara jer rasa.. So semalam diorg dah tinted kat bahagian depan and arini sambung untuk kat bilik2 plak..



- inilah filem yang diorg gunakan untuk buat tinted -


- kerja-kerja pemasangan sedang dijalankan -



- dah siap.. nampak redup jer kat luar tue.. -
.
- ini pemandangan dari dalam bilik kewangan yang boleh nampak bengkel kitorg tempat diorg mengoperate kenderaan pasukan dan juga tempat diorg basuh keta diorg sendiri.. sabo je lah!.. -

.
Disebabkan aku duduk dekat dengan pintu.. jadi sejak benda ni dipasang bila org buka jer pintu mak aaiiii silau giler rasanya.. lagi2 kalo yg reti buka pintu tak reti nak tutup balik.. nak mengamuk rasanya.. dan lepas ni aku tak tau la cuaca kat luar tu panas ke mendung sebab aku tgk sama jer redupnyer.. ni yg membuatkan mata aku pun mendung jer rasa.. hu hu..

Monday, November 17, 2008

Sekali Petir La pulak!!

Perkara ni jadi 2 minggu lepas masa tu bila time petang je hujan, bila petang je hujan, bila hujan je petang.. lebih kurang mcm tue lah.. tapi biasanya setakat hujan biasa ni aku tak pernah la off kan komputer so keje2 berjalan seperti biasa.
.
Tapi sekali tu hujan nyer tak lah selebat mana pon tapi kilat sambar manyambar.. guruh berdentam dentum.. so kitorang releks lagi.. buat keje mcm biasa.. tetiba tu dgr satu das tembakan dari langit.. alamak ai.. terus black out.. nasib komputer aku ok,.. ada komputer member aku terus blank.. telefon terus tak berbunyik.. senyap jer.. Masa ni dah pukul 4 lebih.. dah nak balik,.. so,.. sumer keje2 pembaikan diorang buat keesokannya..
.
Esok harinya telefon still tak function. Operator mintak no. h/p setiap kakitangan sumer urusan guna h/p jer.. yang tensionnyer internet pon tak function.. satu hari tu mati akal.. maunya tak bak kata technician yg merepair petir tembak betol2 kat cabel telepon tu yang telepon and internet tak funtion tue... hadooii.. nasib baik skang dah ok.. bley aku menjelajah ke blog2 korang.. layan..
.


- tak suka sangat biler bende ni kuar.. mentensionkan jiwa jer... -