Friday, December 30, 2011

Senarai Harapan 2012

Sebelum cerita pasal senarai harapan aka wishlist ni nk tanya la sket korang senang tak dapat kalendar 2012 lagi2 yang kuda tu?? Aku tak tahu la kalo syarikat2 sekarang ni nak cut cost so diorg dah tak menderma kalendar kat customer diorg.. Kalau tak tu sampai hujung tahun berduyun kalendar datang tapi tahun ni aku sampai pegi membeli kalendar kuda tu.. dasat lah!

Ok sebelum cerita 2012 aku nk recall sket pasal 2011.. hmm.. 
- life aku simple je tahun ni nak kata sesak sangat tu kadang2 sampai jugak timenyer lebih2 lagi naylie baru masuk sekolah so bajet lebih tertumpu pada persekolahan dia, 


- lepas tu dalam family ada berlaku kekecohan yang x terduga antara aku n adik aku gara2 orang yang langsung tak diundang sekarang ni aku mengambil langkah mendiamkan diri, 
- anak ke dua masih belum muncul tapi perancangan sudah mula disusun rapi cuma rezeki belum diizinkan Allah, 

- oopss yg kecik ni bukan anak aku ni anak kakak aku -

- aku reg. satu company sebagai permulaan untuk support kewangan kami sekeluarga.. untuk permulaan ni aku buat secara sambilan je.. insyaAllah akan menseriuskan diri sedikit demi sedikit.
- aku explore benda baru dalam diri Naylie dia sangat suka bergaya dan dia berpeluang menjadi salah sorang model untuk Barbie Store Grand Opening... aku bukan galakkan anak aku untuk jadi model tetapi aku bg dia peluang untuk merasai apa yang aku tak dapat rasai di usia dia.. dengan cara ni jugak dia semakin bijak membawa diri.


- dari segi kerja Alhamdulillah, aku telah lulus beberapa siri exam yang aku duduki jadi aku harap ia membawa rezeki yang baik untuk tahun 2012. 
- hmm.. apa lagi ek? yg lain biasa2 je kot.. so kita citer pasal 2012 plak la ye

Bercakap pasal wishlist sebenarnya terlalu banyak yang aku inginkan terutama dari segi kebendaan tetapi apa yang paling penting aku kena ubah diri aku dulu antaranya:

- kurangkan bercakap banyakkan berfikir
- kurangkan bergossip banyakkan bekerja
- kurangkan melahar banyakkan beristighfar
- kurangkan berstatus emo di fb banyakkan bersabar
- kurangkan lemak dibadan... hapuskan lagi bagus kot ekekek
- kurangkan berbelanja... lebihkan menabung (perlukan disiplin yang sangat tinggi)
- tingkatkan perasaan sayang pada orang sekeliling (sebelum ni bukan tak sayang tapi kena lebihkan lagi sebab aku tau org sekeliling sayang kat aku.. hehe perasan lah!)
- yang paling penting kena laksanakan misi yang terlalu ingin dicapai.. insyaAllah


Selamat Menyambut Tahun Baru 2012 semoga hari ini lebih baik dari semalam .. (tetiba terbayang filem 2012....)

Wednesday, December 28, 2011

Joget Lambak

Best jugak joget lambak ni kan,.. masa ni la kita dapat tengok ke sporting an sedara mara kita dan aku sangat tak sangka rupanya sedara mara aku malah nenek jugak sangat sporting..

Sebelum ni aku tak pernah berjoget lambak jadi malam keramat tu telah membuatkan aku memecahkan tradisi. Entah macam mana tengah aku dok melanguk tengok memasing berjoget suami aku yang sebelum ni lepak dengan sepupu spare part sepapat dia boleh datang dekat aku n ajak berjoget aku yg malu2 mula2 xnak la,.. bukan apa saya ni pemalu huhu.. tapi lepas didesak oleh nenek nya maka nya aku dengan keadaan kontrol ayu masuk jugak la ke dalam gelanggang joget dan tetiba ramai pula sedara mara ipar duai yang join sekaki syook sekali.. tapi keseronokan tu bertahan untuk seketika je ni sumer gara2 dj yang ditempah khas tu memutarkan lagu2 untuk belia remaja ala2 lagu shuffle tu.. mana masuk dengan jiwa makcik yang layan lagu 50 an jew.. terus aku ajak suami keluar gelanggang dan sekadar mejamu mata melihat aksi anak2 muda mencucuk langit..

Agak2 dah boring anak aku pon dah ngantuk so aku ngajak la suami aku balik.. Macam2 la soalan yang terbuku pasal joget lambak ni aku ajukan pada suami aku tambahan sepanjang usia perkahwinan kami ni lah pertama kali sedara mara dia buat joget lambak di majlis perkahwinan.. menurutnya dulu xgunakan dj dulu guna band pastu xsemua kenduri ada joget lambak sebab nak kendalikannya mahal.. 

Malam tu aku tidur senyum je bila teringat saat2 suami aku ajak menari hiks.. blh tahan romantik jugak laki aku ni.. ekekek.. :p

Thursday, December 22, 2011

Sesekali Lepas Dari Pandangan

- Girls Day Out -

Betul kata pepatah lagi senang jaga lembu sekandang dari jaga anak dara seorang... hikss.. padahal anak aku baru je 5 tahun.. tapi budak2 sekarang dah sangat berbeza dengan zaman aku dulu.. masa umur 5 tahun ikot je la mana mak ayah aku pegi xde nye nak mintak pegi sana sini tp budak sekarang dh pandai request silap haribulan dia yg atur schedule hari ni pegi mana esok pegi mana.. aduiii fenin.. 

Kejadian yang buat aku xsenang duduk ni jadi beberapa minggu lepas bila kawan sekolah TADIKA Naylie yg nama Mimi ajak dia datang rumah untuk lepaks n gossipss ooppss itu mak dia  kalo anak setakat main masak2, doktor2, kawen2 dll.. so aku hantar Naylie n kazen dia Nurul ke rumah Mimi sekitar jam 11.00 pagi.. Pukul 1.00 ptg dia x call lg aku risau la budak ni nk makan ke nak balik ke kan, so aku call mak Mimi tanya keadaan dia n kalo nk balik aku soh call... 

Dah pukul 2.00 petang still xcall hampir pukul 3.00 baru mak dia bgtau yg nak bawak budak2 ni pegi makan n pastu dia hantar balik rumah.. ok dalam kepala otak aku fikir mungkin makan di area berdekatan jew (area Bandar Puteri Klang) so dalam sejam dah settle la.. skali tunggu punya tunggu punya tunggu x balik2.. nk baring dh xsenang, duduk xkena, berlari apa ke pelik pulak kan,.. nak call no. hp xtau aku tau no. rumah je dah tentu2 xde org kat umah.. aduiii mana pegi ni..

Selepas berjam2 itu akhirnya sampai jugak anak aku ke rumah n jam menunjukkan pukul 6 petang... mak Mimi datang jumpa aku bgtau dia bawak budak2 ni pegi Sunway Pyramid sebab beli brang2 rumah sekali.. ok,... lega sebab anak aku selamat TQ jugak tu parent Mimi sebab bawak anak aku berhang out .. hilang rasa risau bila tgk dia happy n akupon happy gak padahal seblm tu mcm ayam berak kapur aku dibuatnye serba xkena

Nanti kalo dia dh remaja mcm mana la pulak kan,.... agaknyer ni la yg mak aku rasa dulu..