Thursday, May 17, 2012

PUDING

Sekarang aku sedang berjinak-jinak dengan aktiviti membuat puding pelangi. Kalau ada sesiapa yang berminat boleh la order.. harga murah sahaja RM20.00 untuk satu loyang bagi kawasan sekitar Klang dan Shah Alam.. warna adalah mengikut pilihan pelanggan..


Puding Pelangi Biasa

Puding Pelangi Bercorak

Puding Pelangi Bulat 


Thursday, April 19, 2012

Battleship La Pulok


Aritu kemain promosi konon-konon nak tengok Titanic versi 3D kan,. tapi lepas baca beberapa review dan minta pandangan beberapa kaki wayang akhirnya niat itu dibatalkan dan pilihan cerita yang nak ditonton aku serahkan pada Bie untuk buat keputusan. Dengan pantas dia cakap BATTLESHIP.. so layan je la.

Tak rugi menonton cerita ni. Penuh dengan aksi.. bagi yang belum menonton dan tak tau nak tengok citer apa BATTLESHIP adalah pilihan yang tepat.. Selamat menonton.

Thursday, April 12, 2012

You Jump I Jump



Teringin sangat nak kembalikan nostalgia 14 tahun lepas. Kalo dulu tengok citer ni time solo sekarang ni teringin la layan emosi dengan teman sejiwa kannn. Aku ingat lagi tengok movie ni kat wayang, separuh citer aku layan sorang2 pasal kazen yang menemani aku tu ada hal urgent.. dah tengok sorang2 terpaksa la pendam perasaan sorang2 kalo ada geng tu tak la malu nak meleleh kan.. hiks.. 

Yang versi 3D ni dah mula tayang 4 April yang lalu jadi masih lagi ada peluang kalo nak pegi tengok sepanjang minggu ni. Sampai bila tayangannya aku pon tak pasti. Jadi jangan lepaskan peluang dan selamat menonton!.. 

Friday, March 16, 2012

Masa Bergumbira

Pembukaan cuti sekolah ni aku bagi peluang untuk Naylie bergembira apabila dia terpilih untuk menghadiri Birthday Party Barbie di Barbie Store Malaysia, Midvalley Megamall. 







Happy biler tengok orang yang disayang happy,.. nak bawak pegi bercuti or bergumbira di taman tema masa belum mengizinkan.. asalkan dia ada sedikit kenangan yang menggembirakan untuk dipahat di ingatannya rasanya sudah memadai..

* gambar diambil dari facebook barbie store malaysia.. *

Thursday, January 12, 2012

Sudah Kontot

Gambar Sebelum


Gambar Selepas

Ni sumer bukan aku yg minta.. tp nasib baik Naylie terima dgn hati yg sgt berbunga kembang.. Dah lama dia idam2kan rambut mcm ni cuma aku n Bie je yg xbaper bekenan... akhirnya disebabkan kesilapan tukang gunting rambut berjaya juga Naylie dapat rambut idamannyer.. 

Wednesday, January 4, 2012

Kembali Seperti Biasa

Hari bermulalah segala2nya seperti biasa,.. bangun pagi, anta Naylie umah mak, anta anak buah g skola, g keje, balik keje ambik naylie, balik umah, ngemas + masak (kalo rajin selalunya xrajin :p), sediakan barang-barang untuk ari esok dan tido... esok mcm tu jugak..... yg penting jalan kembali JEM... 


(hampir 2 bulan bersenang lenang pagi ni terasa kelam kabut sampai muka langsung xmake up jgn kata lipstik bedak pon xtepek paling sadis beg make up tertinggal... aduhaiiiii..... )

Friday, December 30, 2011

Senarai Harapan 2012

Sebelum cerita pasal senarai harapan aka wishlist ni nk tanya la sket korang senang tak dapat kalendar 2012 lagi2 yang kuda tu?? Aku tak tahu la kalo syarikat2 sekarang ni nak cut cost so diorg dah tak menderma kalendar kat customer diorg.. Kalau tak tu sampai hujung tahun berduyun kalendar datang tapi tahun ni aku sampai pegi membeli kalendar kuda tu.. dasat lah!

Ok sebelum cerita 2012 aku nk recall sket pasal 2011.. hmm.. 
- life aku simple je tahun ni nak kata sesak sangat tu kadang2 sampai jugak timenyer lebih2 lagi naylie baru masuk sekolah so bajet lebih tertumpu pada persekolahan dia, 


- lepas tu dalam family ada berlaku kekecohan yang x terduga antara aku n adik aku gara2 orang yang langsung tak diundang sekarang ni aku mengambil langkah mendiamkan diri, 
- anak ke dua masih belum muncul tapi perancangan sudah mula disusun rapi cuma rezeki belum diizinkan Allah, 

- oopss yg kecik ni bukan anak aku ni anak kakak aku -

- aku reg. satu company sebagai permulaan untuk support kewangan kami sekeluarga.. untuk permulaan ni aku buat secara sambilan je.. insyaAllah akan menseriuskan diri sedikit demi sedikit.
- aku explore benda baru dalam diri Naylie dia sangat suka bergaya dan dia berpeluang menjadi salah sorang model untuk Barbie Store Grand Opening... aku bukan galakkan anak aku untuk jadi model tetapi aku bg dia peluang untuk merasai apa yang aku tak dapat rasai di usia dia.. dengan cara ni jugak dia semakin bijak membawa diri.


- dari segi kerja Alhamdulillah, aku telah lulus beberapa siri exam yang aku duduki jadi aku harap ia membawa rezeki yang baik untuk tahun 2012. 
- hmm.. apa lagi ek? yg lain biasa2 je kot.. so kita citer pasal 2012 plak la ye

Bercakap pasal wishlist sebenarnya terlalu banyak yang aku inginkan terutama dari segi kebendaan tetapi apa yang paling penting aku kena ubah diri aku dulu antaranya:

- kurangkan bercakap banyakkan berfikir
- kurangkan bergossip banyakkan bekerja
- kurangkan melahar banyakkan beristighfar
- kurangkan berstatus emo di fb banyakkan bersabar
- kurangkan lemak dibadan... hapuskan lagi bagus kot ekekek
- kurangkan berbelanja... lebihkan menabung (perlukan disiplin yang sangat tinggi)
- tingkatkan perasaan sayang pada orang sekeliling (sebelum ni bukan tak sayang tapi kena lebihkan lagi sebab aku tau org sekeliling sayang kat aku.. hehe perasan lah!)
- yang paling penting kena laksanakan misi yang terlalu ingin dicapai.. insyaAllah


Selamat Menyambut Tahun Baru 2012 semoga hari ini lebih baik dari semalam .. (tetiba terbayang filem 2012....)

Wednesday, December 28, 2011

Joget Lambak

Best jugak joget lambak ni kan,.. masa ni la kita dapat tengok ke sporting an sedara mara kita dan aku sangat tak sangka rupanya sedara mara aku malah nenek jugak sangat sporting..

Sebelum ni aku tak pernah berjoget lambak jadi malam keramat tu telah membuatkan aku memecahkan tradisi. Entah macam mana tengah aku dok melanguk tengok memasing berjoget suami aku yang sebelum ni lepak dengan sepupu spare part sepapat dia boleh datang dekat aku n ajak berjoget aku yg malu2 mula2 xnak la,.. bukan apa saya ni pemalu huhu.. tapi lepas didesak oleh nenek nya maka nya aku dengan keadaan kontrol ayu masuk jugak la ke dalam gelanggang joget dan tetiba ramai pula sedara mara ipar duai yang join sekaki syook sekali.. tapi keseronokan tu bertahan untuk seketika je ni sumer gara2 dj yang ditempah khas tu memutarkan lagu2 untuk belia remaja ala2 lagu shuffle tu.. mana masuk dengan jiwa makcik yang layan lagu 50 an jew.. terus aku ajak suami keluar gelanggang dan sekadar mejamu mata melihat aksi anak2 muda mencucuk langit..

Agak2 dah boring anak aku pon dah ngantuk so aku ngajak la suami aku balik.. Macam2 la soalan yang terbuku pasal joget lambak ni aku ajukan pada suami aku tambahan sepanjang usia perkahwinan kami ni lah pertama kali sedara mara dia buat joget lambak di majlis perkahwinan.. menurutnya dulu xgunakan dj dulu guna band pastu xsemua kenduri ada joget lambak sebab nak kendalikannya mahal.. 

Malam tu aku tidur senyum je bila teringat saat2 suami aku ajak menari hiks.. blh tahan romantik jugak laki aku ni.. ekekek.. :p

Thursday, December 22, 2011

Sesekali Lepas Dari Pandangan

- Girls Day Out -

Betul kata pepatah lagi senang jaga lembu sekandang dari jaga anak dara seorang... hikss.. padahal anak aku baru je 5 tahun.. tapi budak2 sekarang dah sangat berbeza dengan zaman aku dulu.. masa umur 5 tahun ikot je la mana mak ayah aku pegi xde nye nak mintak pegi sana sini tp budak sekarang dh pandai request silap haribulan dia yg atur schedule hari ni pegi mana esok pegi mana.. aduiii fenin.. 

Kejadian yang buat aku xsenang duduk ni jadi beberapa minggu lepas bila kawan sekolah TADIKA Naylie yg nama Mimi ajak dia datang rumah untuk lepaks n gossipss ooppss itu mak dia  kalo anak setakat main masak2, doktor2, kawen2 dll.. so aku hantar Naylie n kazen dia Nurul ke rumah Mimi sekitar jam 11.00 pagi.. Pukul 1.00 ptg dia x call lg aku risau la budak ni nk makan ke nak balik ke kan, so aku call mak Mimi tanya keadaan dia n kalo nk balik aku soh call... 

Dah pukul 2.00 petang still xcall hampir pukul 3.00 baru mak dia bgtau yg nak bawak budak2 ni pegi makan n pastu dia hantar balik rumah.. ok dalam kepala otak aku fikir mungkin makan di area berdekatan jew (area Bandar Puteri Klang) so dalam sejam dah settle la.. skali tunggu punya tunggu punya tunggu x balik2.. nk baring dh xsenang, duduk xkena, berlari apa ke pelik pulak kan,.. nak call no. hp xtau aku tau no. rumah je dah tentu2 xde org kat umah.. aduiii mana pegi ni..

Selepas berjam2 itu akhirnya sampai jugak anak aku ke rumah n jam menunjukkan pukul 6 petang... mak Mimi datang jumpa aku bgtau dia bawak budak2 ni pegi Sunway Pyramid sebab beli brang2 rumah sekali.. ok,... lega sebab anak aku selamat TQ jugak tu parent Mimi sebab bawak anak aku berhang out .. hilang rasa risau bila tgk dia happy n akupon happy gak padahal seblm tu mcm ayam berak kapur aku dibuatnye serba xkena

Nanti kalo dia dh remaja mcm mana la pulak kan,.... agaknyer ni la yg mak aku rasa dulu.. 

Friday, September 2, 2011

Aidilfitri 2011

Salam aidilfitri buat semua.. syukur masih diberi kesempatan untuk berhari raya tahun ini. Aku n family kecilku bertema hitam + merah. Tiba2 aku perasan diriku mengecil dgn kaler ni.. mmg la kan kaler sgt memainkan peranan. 

Tahun ni tak mcm tahun2 sblm ni yg mana biasanya aku balik ke Port Dickson umah ibu mertuaku tp tahun ni aku beraya di sijangkang dahulu bersama bonda tercinta bawak dia round umah adik beradik dia pastu baru aku balik kampung.. jadi edisi menggossip bersama biras beras aku tertunda seketika la..

Hari Raya la hari semua org berkumpul berjumpa dan bermaafan jd bila sesekali dpt berkumpul dgn seramai2 umat yg mengaku sedara tu mmg la ada feel berbeza sgt perasaan bercampur baur happy terharu excited dan lapar.. mana taknyer perot yg berehat selama sebulan boleh keje over time plak time raya ni..

Kesempatan ni aku nk wish la Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin buat semua yang kenal, yg baru nk kenal n yg mcm kenal mcm xkenal dengan aku sekeluarga.. Sampai jumpa lagi.. :)

Friday, August 5, 2011

Salam Ramdhan


Walaupon hari ni dah hari ke lima rasanya belom terlmbat untuk aku ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua. Sebenarnya aku dah lama menggian nak berstory kat sini lebih2 lagi aku agak terkejut masa aku jenjalan kat blog kengkawan kan dia tulis kat situ 'setahun yang lalu' mak aiii... makna nyer dah setahun aku tak bloging.. ish ish ish...

Untuk permulaan selepas setahun berlalu aku memohon keampunan kepada semua dan semoga kalian dapat menjalankan ibadah puasa sebaik mungkin dan semoga apa sahaja yang kita lakukan mendapat keredhaan Illahi.. amiin..

InsyaAllah ada kesempatan aku akan tepek story sensasi yg belum nak basi lagik k..

* aku ambik kesempatan ni untuk promosi jugak.. korang click la link ni.. http://www.myamazingchild.com.​my/bm/vote/child.asp?i=194 pastu korang like video tu ye.. mana tau ada rezeki.. hehe.. tima kasih :)

Wednesday, July 14, 2010

Merindu



Hai uolss.. lama x berstory kat sini.. merindu la pulak aku kat korang sumer.. jgn2 korang2 dah lupakan aku tak??? tak kan,.. tak kan,.. (memujuk diri sendiri ekekek)..

Biasala aku skrg bz giler... maklumler jd pekebun tegar hehehe.. (sesapa yg nk berjiran dgn aku add la aku kay.. iklan kejap)

So sebgai pengubat windu aku just tepek gambo budak ni ha... dah beso dah.. makin nakal n dalam masa sama dah boleh jugak la control2 apa yg patut.. kalo bwk g shopping dah boleh jd pengkritik sama ada ok sgt atau cuba carik yg lain..

Hmm.. lagik.. belum ada adik.. tanda2 nk ada adik pun belom lagik.. belom rezeki nmpaknyer.. tak per usaha tangga kejayaan .. hehehe

Ok. ni br permulaan.. nnt aku story lg nk buat come back kononnyer.. jumpa lg uolss..

Thursday, December 17, 2009

Janji Ditunai

Sebenarnya aku dah lama sangat berjanji dengan 3 org blogger yg baik hati ni.. yg lain pon baik hati jugak (nanti ada plak yg kecik hati.. terus makan hati).. cuma yg sepeselnyer aku dapat gift dari diorg tanda persahabatan.. dan moga persahabatan ini kekal selamanya..


Yang atas ni dari Sis Zana dia bagi ni sempena percutian nyer ke Cameron Highland. Terkujat aku biler datang pos express berisi hadiah.. hati berbunga bungaan la.. apa lagi...



Pastu aku dapat bangunan paling tinggi di dunia.. sumbangan ikhlas dari Mummy Yaeesh mesti uols dah lupa yg uols bg gift ni kat iols kan.. sorry la lambat nau iols mempublishkannyer.. jgn mara aaaa..  hehehe..



Ha.. yg ni plak pemberian Ida Shah. Nampak tak apa yg dia bg??.. kalo x nampak alamtnyer.. heheh.. dia bg dress kembang yg diperagakan oleh model sambilan tu.. mahal ooo byr model ni.. tima kasih byk2 ida.. Naylie mmg sker melaram dgn dress ni.. pantang kering mesti nak pakai.. sabo je lah..

Tima kasih banyak2 buat korang sumer.. aku sgt2 menghargainyer.. jutaan terima kasih sekali lagi.. sayang korang sangat2.. muuaahhxxxx.. :)

Oh ya Salam Ma'al Hijrah buat semua. Semoga tahun baru ini menjadikan kita insan yang lebih matang, berjaya dan dirahmati oleh Nya..

Saturday, December 12, 2009

Happy Day

Alhamdulillah. Aku masih dipanjangkan usia kerana aku sekali lagi berkesempatan menyambut ulangtahun kelahiranku dan kali ini utk yg ke 29 tahun.. tahun depat angka depan tu dah berubah.. adakah aku juga boleh berubah??? InsyaAllah...

Terima kasih yg x terhingga kepada semua yg sudi memberikan ucapan SELAMAT kepada aku dengan pelbagai cara.. ada di fb, fs, sms, call dan wish secara live..

utk family aku.. Bonda, Kak Ina, Logam, Adik, Kakak, Abang (walaupon xde sebab pegi camping, mama tau abang mesti nak wish jugak kan,..)  dan Akam (ko ada wish kat aku ke???) .. byk2 tima kasih atas doa kalian... sayang semua sangat2...

Yang tak terhingga kepada my best fren farra sebab sudi singgah rumah n bagi kat aku a bouquet of pink roses.. rasa terharu sgt.. thanx babe.. really apreciate it.




Dan tentunya 2 org insang insan yang sangat istimewa yg sudi melayan karenah aku.. Bie - thanx sebab sudi sponsor donut bday (ganti kek.. dah muak asyik makan kek jer) and belanja shopping mopping.. walaupon sy dah bg cuti kat rakyat selangor tapi awak terpaksa gak keje tp xpe sebab semalam adalah ending yg happy..
Naylie - thanx sebab sementara tggu babah balik keje Naylie teman mama melepak kat umah nenek, then kita g tgk movie.. Princess n the frog.. sama macam citer tu jugak ending nyer adalah happy.. Tapi part yg x baper bestnyer mcm Naylie je lg byk shopping dari mama.. apakah???






So kesimpulannya aku sgt gembira dan bahagia sebab dapat bersama dengan org yg aku sayang dihari yg istimewa ini..

Sunday, December 6, 2009

Meatballs

Selamat berhari minggu sumer.. hari minggu aku besa2 jer.. yg mejadikan luar biasanya ialah aku diserang sakit tekak.. batuk terkokol2.. sakit pinggang yg amat.. so plannyer xde ke mana2 arini kat umah sambil layan meatballs..

Ye kalo spegatti meatballs tu mmg aku x baper nak layan kalo time sakit tekak mcm ni.. cuba letak depan mata time aku sihat alamatnyer mak mertua lalu pon x perasan,. huhu



Meatballs yg aku layan ni movie Cloudy With A Chance Of Meatballs Bie beli dvd pirate. Gambo nyer hampeh. Memula tengok mmg la excited.. rasa mcm lapo la pulak.. tp bygkan kalo dah diulang lebih dari 10 kali sejak hari pertamanya 2 hari yg lepas. Hari ni dah diulang tayang 3 kali.. dari anak dara aku bukak mata jam 8 pagi td sampai sekarang x berenti lg. Ni dah nak abis kompom dia ulang lagik.. adoi,, naik loya plak aku nengok percikan mustard tu..

So selamat berhujung minggu.. hujung x hujung sgt la.. esok dah keje.. huhu

Thursday, September 24, 2009

SALAM AIDILFITRI

Salam Aidilfitri buat semua. Dikesempatan ini aku nak mohon ampun dan maaf sepanjang berblog ni mana tahu kalo ada yang menyinggung rasa anda semua. Aku juga mohon maaf sebab dah lama giler aku tak update. Dan terima kasih atas keprihatinan korang sebab masih ada yg sudi bertanya khabar.
.
Sebenarnya aku baik2 ajer.. kesihatan sangat2 baik kalo tak percaya tengok la gambo aku yang terlatest ni.. sihat kan. walaupon puasa still x dpt nak turun berat aku. Cuma ada sikit masalah teknikal yg menghalang aku utk berblog secara tegarnya.. insyaAllah biler semuanya ok aku akan kembali berblog macam biasa cuma masa dan ketika nya tak dapat dijanjikan.
.
Untuk kali ini aku sajikan kat korang sekitar aidilfitri pertama dan kedua aku ye.
- Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Khas Lysha n Family... -

.- ni plak ucapan Selamat Hari Raya versi Little Rescals from Naylie n kazens -

- kami dah ready nak menerjah rumah sedara mara... jom.. -
.
- ni kat rumah salah sorang sedara yg diterjah pada hari raya pertama (malam) -

.

- hari raya kedua dah balik ke Selangor.. Naylie possing kat kolam ikan atuk nyer di Ijok, Kuala Selangor.. dah alang2 kuar gambo dia nak tya la kat korang.. korang rindu tak dgn aksi budak ni.. skrg dia makin nakal dan banyak cakap. suka menari tak kira kat mana walau apa pon majlis.. rambut dah kena potong so yg kerinting tu dah takde dah.. dan yg paling aku tak boleh terima dia asyik letak telinga kat perot aku. dia ingat aku pregnant. chet!!! nampak sangat mama dia kena diet.. huhu -
.
Kalo makan kuih raya jgn lupakan daku okeisss.... sampai jumpa lagi.. ;)

Sunday, July 19, 2009

Buaian Alaf Baru... Jgn Tiru Aksi Ini..


Muka kena maintain mcm tak buat apa2 salah ok.. selagi tak runtuh langsir tu selagi tu la dia bergayut kat situ.. aih dah x larat nak marah.. anak tekak dah kecut.. huhu..

Tuesday, July 14, 2009

HANTU

'Hantu ada hantu mana hantu mana mana... '
.
Wah.. dah lama tak update tetiba plak citer pasal hantu ni. Sebenarnya aku tertarik dengan satu siri motivasi yang aku dengar dekat radio berkenaan dengan hantu yang disampaikan oleh Dr. HM Tuah Iskandar. Yelah sekarang ni hantu lagi glamer n lagi cun dari manusia. Mana-mana stesen tv dan hampir setiap hari akan menayang kan cerita hantu. Tak cukup kat tv kat layar perak juga orang berlumba2 menghasilkan filem hantu untuk mendapat kutipan 'kotak pejabat'. X kisahlah apa cara sekalipon orang akan lakukan untuk mendapatkan rezeki. Yang penting tidak menyimpang dan melanggar aqidah.
.
Biler disebut pasal hantu, jgnkan budak2 kita yg dewasa ni pon sedikit sebanyak akan meremang jika melalui kawasan yg sering dikaitkan dengan hantu ni mcm tanah perkuburan, rumah tinggal dan kawasan yg sering berlaku kemalangan maut. Tapi dalam sedar atau tidak, sebenarnya kita sedang mempengaruhi minda kita supaya takut makhluk yang juga ciptaan Allah. Bukan la niat aku nak 'cakap besar' nanti ada pulak yg doakan aku jumpa dgn hantu.. aih mintak simpang la yer.. tetapi melalui respon pendengar pada siri ini juga ada mengatakan bahawa, hantu, pontianak, langsuir, pocong dan sebagainya hanyalah nama komersial yg diberikan oleh org2 terdahulu. Bak kata pepatah nama glamer kepada makhluk yang keujudannya juga diceritakan dalam Al Quran iaitu,... syaitan.
.
Melalui sejarah syaitan ini juga merupakan malaikat pada asalnya yg telah dilaknat oleh Allah hanya kerana melanggar satu (1) dari 6666 ayat Allah. Iaitu tidak tunduk pada Adam. sedangkan 1 ayat yg dilanggar oleh syaitan dia terus dilaknat malah bersumpah akan menyesatkan umat nabi Adam. Bagaimana pula kita manusia.. berapa agaknya ayat2 Allah yg kita langgar?? (menginsafi diri sendiri juga,.. )
.
Suka aku nak review satu atau 2 sebenarnya ayat dalam Al-Quran iaitu surah An-nahl (16) ayat 99 dan 100 yang bermaksud.
.
99) Sesungguhnya syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakkal kepada Allah.
.
100) Sesungguhnya kekuasaannya (syaitan) hanyalah atas orang-orang yang mengambilnya menjadi pemimpin dan atas orang-orang yang mempersekutukan Allah.
.
Jadi dari 2 ayat ni jelas menunjukkan sekiranya kita dihantui oleh syaitan dan kita takut kepadanya dengan mudah syaitan akan menakluk manusia. Sama-samalah kita renungkan.
.
Jadi diakhir siri motivasi ini Dj radio berkenaan ada berkata.. "kenapalah masa kita kecik2 @ kita selalu cakap dengan anak2.. kamu pegilah sana tu.. sana ada hantu... dan budak2 akan takut. Tetapi kenapa kita tak didik mereka dengan berkata.. jangan buat perkara ni.. Allah nampak nnt kamu akan diazab.. " maknanya kita sendiri telah di didik dari kecik supaya takut hantu....
.
* sekadar untuk renungan bersama...
* jgnkan org lain aku pon kalo Naylie dah degil sgt aku cakap jugak.. ada keliwon.... padahal keliwon tu mlm jumaat... huhu

Saturday, July 4, 2009

Like Mother Like Daughter :D

Ewah,.. cantek benor gambo kaki kat atas tu kan. yang nyatanya tu bukan kaki aku..



Bulat giler la muka aku.. Ramai org kata muka Naylie mcm muka aku masa kecik2. Tp aku rasa dia byk ikut muka Bie tp tang hidung dengan mata tu mmg ikut aku la.. .
.
Aku nak story pasal scarf (aku biasa panggil serkup) yg aku n Naylie pakai tu sebenarnya. Aku br jer beli kat satu gedung kat tempat aku ni pastu ada satu insiden yg kelakar la bg aku..
.
Citernyer mcm ni.
.
Masa aku tgh pilih memilih serkup ni dekat kwsn tgh gedung ni diorg susun minyak masak yg dalam paket tu sambil tag harga tertulis RM1.60 . Murah giler biasa aku beli RM2.50 sepeket lg pon stok minyak aku kat umah dah hampir habis alang2 baik aku beli. Pastu dia ada gantung tulisan tulis
.
'Dengan Pembelian RM 20 layak membeli minyak masak ini dengan harga RM1.60 untuk satu peket dan seterusnya'
.
Pada firasat aku agaknyer kalo beli x sampai RM20 hrga minyak ni mcm biasa kot. Ok x pelah aku ambik jugak dah alang2 ada depan mata kan x yah la aku singgah kedai lg nanti.
.
2 helai serkup harganya RM4.60 jd x sampai la RM20 pastu cashier tu cakap.
.
'Kak nak beli minyak ni kena beli RM20 kalo tak x boleh beli'
dengan muka selamba dia ambik balik minyak tu and letak balik kat tempat dia. Ikutkan hati nak ajer aku blah tanpa beli satu brg pon. Tapi mungkin aku yg salah faham dengan tulisan tu kot. Bengang tetap gak bengang tp biar jelah.
.
Keluar dari gedung tu aku x cakap apa2 tp Bie berbunyik jugak dia kata 'Ada ke org berniaga mcm ni???' aku just jawab 'Patutla kedai dia xde orang'....
.
Kalo korang mcm mana? ke memang aku yg salah faham??

Wednesday, July 1, 2009

Wedding, Exam & Interview

Lama aku sepi sebab last week cousin aku kawen. Ramai pok cik2 dan mok cik2 menyerbu umah aku sebab umah cousin aku ni satu taman dengan umah aku and umah makcik aku yg sorg lagi. so umah aku jadi salah satu hotel persinggahan diorg. Jadi adalah sgt tak manis biler tetamu datang aku berblog secara senyap di dalam bilik kan,.. lg pon anak2 kecil amat la ramai jd akan menjadi satu perebutan biler aku menayangkan gajet aku.. huhu..
.
.

One more plzzz... ni la cousin aku Miza. dia tua setahun dari aku. Serious time ni aku x byk menyenap sebab ramai sgt photographer 'pro' so.. esok2 aku mintak jer kat diorg. :D

Tahniah Miza and husband dia Wan. moga bahagia ke akhir hayat..

So settle bab wedding. Ni pasal exam plak 7 julai ni 1st time aku akan menduduki exam PTK so aku rasa very the nebes. Aku mentelaah la apa yg patut. tp x la mentelaah sangat. Ala kadar jer.. itupon dgn pertolongan opis mate aku diorg ada bg tips2 soalan yg selalu kuar. and mana yg diorg pro diorg akan syer. so sikit2 tu InsyaAllah boleh la lekat dlm memory ni.. korang doakan kejayaan aku yer.. cheewwaaaahhh..:)

Lagi satu ialah interview. Aku dapat tawaran utk di interview bg jawatan bergred N27 pada 22 Julai ni.. skrg ni gred aku W17 jer. so ni peluang utk aku maju setapak. Tp mcm biasa nebes menguasai segalanya. Bagi korang yg kini berjawatan gred N27 atau penah di interview untuk gred ni syer la dengan aku apa yg patut yer.. terutamanya soalan2 yg biasa sangat diorg tanya. Boleh la aku buat persediaan apa yg patut... yg ni pon aku mngharapkan bantuan dan doa korang jugak yer... tanpa anda siapalah saya.. huhuhu...

So aku ucapkan terima kasih in advance bg segala budi baik korang yer... :)