Showing posts with label Pizza. Show all posts
Showing posts with label Pizza. Show all posts

Friday, April 10, 2009

Makan Pizza Memang Best!! Lagi2 Kalo Free.. he he he

Story basi yang aku nak citerkan jugak.. walaupon cuma citer makan2 tapi aku tetap nak ceritakan.. sapa2 ada rasa bengang, sakit hati or tension sila tutup mata.. heh heh heh..
.
Citer ni masa ari jumaat last week.. actually tekak melayu + jerman aku ni teringin sangat nak makan pizza. Sebelum tu aku ckp kat Bie tp dibwknya aku g KFC.. nak dijadikan cerita ari jumaat tu ada opismate yg pegi PJ katanyer kat situ ada org jual mee bandung yg superb so kami seopis mengirim beramai2.. tp kalo dah bukan rezeki tu kan, nak buat mcm mana.. aritu pulak kedai tu tutup... so aku ajak la Azie n K. Anita g tesco untuk membedal pizza.. and diorg setuju.. hoorayy!!!
.


Ini lah muka2 lapor yg tgh tunggu mknn untuk di belasah!! Belah kiri tu K. Anita and kanan tu Azie..
.
Boleh pulak masa kitorng tengah tunggu makanan yang diorder tu sampai dtg apek ni mintak sedekah,.. dia guna cawan plastik (ala bekas yg kalau kita tapau minuman tu..)untuk soh org letak duit dlm tu tp aku tak bagi pon sebb aku tgk kat dlm cawan tu byk duit RM5 and RM10.. banyak tu duit dia aku pon aritu bwk RM30 jer.. he he he budget!
.
Yang aku peliknyer kan kat pintu masuk pizza hut tu ada staff dia yg tunggu macam mana apek tu boleh lepas.. tah la..






Ni la rupa2 makanan yg diorder.. sedap giler la... nyum nyum nyum

.

Makan kena tekun.. tak boleh toleh kiri kanan nanti tak feel.. keh keh keh.. eleh azie,... sempat ko possing yer,..

.
uii.. licin tu.. sikit pon tak tinggal.. so seperti yang dijanjikan selepas settle makan kitorg mintak bill n nak bayar sama rata la.. tp K. Anita bayar dulu so kitorg ckp x pe nnt balik opis kita kira ok,.. pastu dia kata,.. akk tak kata pon soh bayar balik.. so maknanyer kitorg di belanja la yer..horaayy!! hooraayyy!! Alhamdulillah.. patutlah makan aritu rasa kenyang jer rupanyer free.. ekekekek
.
.
K. Anita dah 2 hari mc dia disuspect kena denggi.. harap2 tak de apa2 la yg berlaku kat dia kan,.. sama2 la kita doakan yer,..

Wednesday, November 12, 2008

Mari Buat Pizza.. Episod 3..


Ok,.. kali ni aku nak ngajo kan kat korang sumer cara2 nak buat toping dia pulak ok.. Jadi bahan2 nya adalah...
.
Cili sos life
.
Mozarella cheese
.
Oregano (serbuk halus dan serbuk yg biasa)
.
Tuna (dihancurkan)
.
Nenas (dipotong kecik2)
.
Cendawan (dipotong halus2)
.
Capsicum (cili benggala warna merah, kuning n hijau - dipotong dadu)
.
Bawang Besar (yang kuning tue.. pon di potong dadu)
.
Sos Pizza (yang serbuk)
.
Sosej (dopotong kecik2)
.
Isi ketam
.
Kalo rasa ada nak letak benda2 lain terpulang.. ikut selera masing2.. kalo nak letak isi ayam ke, daging hancur ke, bebola sotong ke,... terpulang pada anda ok,...
.
Mula-mula masukkan satu sudu sos pizza kedalam bekas kemudian dicampurkan dengan cili sos. Nak letak banyak mana cili sos tu terpulang pada tekak masing2 lah.. kalo nak pedas letak la lebih... pastu kacau hingga rata.
.
Sapukan sos tersebut di permukaan kerak yang dah siap di bakar hingga rata.
.
Lepas tu letakkan sosej, daging, isi ketam, isi ayam ke dan tuna.
.
lepas tu letakkan cendawan dan nenas
.
kemudian letakkan bawang dan capsicum
.
pastu letak mozarella cheese.. lagi banyak lagi sedap..
.
last sekali taburkan oregano yang serbuk dan yang kasar tue...
.
Sedia untuk di bakar pada suhu 180 darjah selama 15 minit...
.
Tada... siaplah pizza korang,.. selamat mencuba..
.

- bahan2 yang digunakan -

- Hasilnya... -
.

- Aku nak ngetest power... hu hu -

Monday, November 10, 2008

Mari buat Pizza.. episod 2..


Kali ni aku nak bagi resepi buat kerak (crust) utk pizza dulu..

bahan2 nyer...

250 gram tepong high protein

2 sudu besar susu tepung (apa2 jenis pon boleh)

2 sudu besar minyak masak

140 ml air

sedikit shortening

1 sudu besar mauripan

1 sudu besar gula

1 sudu kecil garam

cara untuk membuatnya

Mula-mula campurkan yis+gula bersama 3 sudu besar air. biarkan sehingga kembang

sementara itu, bolehla menguli tepung.

campurkan tepung+susu tepung+garam+minyak masak. Uli dulu hingga jadi seperti serbuk roti kemudian masukkan mauripan yang dah kembang (sedikit demi sedikit), kemudian uli, kemudian masukkan lagi selebihnya.. kemudian uli lagi.. selepas tu masukkan 140 ml air dan uli hingga sebati.

Bila sudah sebati ratakan di atas dulang pembakar (loyang).





Sebelum itu, dulang hendaklah disapu dengan shortening supaya kerak tak melekat kat dulang.

Cucuk keseluruhan permukaan dough dengan garpu. Biarkan sementara sehingga kembang sebelum dibakar.

panaskan oven pada suhu 130 darjah dan dibakar dalam masa 15 minit.

Dough ini boleh menghasilkan sekeping kerak/crust/roti pizza bagi loyang berukuran 16". Kalo kecik loyang nya boleh dapat lebih la..

Jadi kali ni hanya untuk kerak pizza dulu ye.. nnt kita sambung plak cara nak buat toppingnya.. ok,..


Sunday, November 9, 2008

Mari buat Pizza.. episod 1..

Ingat lagi tak ngan entry aku edisi makan2 yang final??.. kat situ aku ada cerita pasal bos aku sponsor pizza yg wife dia masak..
jadi ari khamis lepas dia jemput wife dia datang ke opis untuk ajar kitorg cara nak buat pizza nie.. kali ni aku kasi korang tgk gamba dulu ok..
.
- the bos: Tn. talib -
.
- the chef: Pn. Shida -

.
- the robot: mesin pembakar pizza -
.
-the pizza: tgh masak kat dalam tue.. -
.
- the result: sgt mabeles ok.. -
.
- the proud: sajer nak menjeleskan kasi close up sket ek! -
.
- the slice: tgk la betapa byk isi dia sampai melimpah -
.

-the extra: tukang rasa sampai bentak-

.
- the action: test power la tue! -
.
Entry akan datang aku bagi resepi plak ok!.... nantikan episod 2,..