Wednesday, November 12, 2008

Mari Buat Pizza.. Episod 3..


Ok,.. kali ni aku nak ngajo kan kat korang sumer cara2 nak buat toping dia pulak ok.. Jadi bahan2 nya adalah...
.
Cili sos life
.
Mozarella cheese
.
Oregano (serbuk halus dan serbuk yg biasa)
.
Tuna (dihancurkan)
.
Nenas (dipotong kecik2)
.
Cendawan (dipotong halus2)
.
Capsicum (cili benggala warna merah, kuning n hijau - dipotong dadu)
.
Bawang Besar (yang kuning tue.. pon di potong dadu)
.
Sos Pizza (yang serbuk)
.
Sosej (dopotong kecik2)
.
Isi ketam
.
Kalo rasa ada nak letak benda2 lain terpulang.. ikut selera masing2.. kalo nak letak isi ayam ke, daging hancur ke, bebola sotong ke,... terpulang pada anda ok,...
.
Mula-mula masukkan satu sudu sos pizza kedalam bekas kemudian dicampurkan dengan cili sos. Nak letak banyak mana cili sos tu terpulang pada tekak masing2 lah.. kalo nak pedas letak la lebih... pastu kacau hingga rata.
.
Sapukan sos tersebut di permukaan kerak yang dah siap di bakar hingga rata.
.
Lepas tu letakkan sosej, daging, isi ketam, isi ayam ke dan tuna.
.
lepas tu letakkan cendawan dan nenas
.
kemudian letakkan bawang dan capsicum
.
pastu letak mozarella cheese.. lagi banyak lagi sedap..
.
last sekali taburkan oregano yang serbuk dan yang kasar tue...
.
Sedia untuk di bakar pada suhu 180 darjah selama 15 minit...
.
Tada... siaplah pizza korang,.. selamat mencuba..
.

- bahan2 yang digunakan -

- Hasilnya... -
.

- Aku nak ngetest power... hu hu -

5 comments:

ita.itu said...

wah2 ko..sdp je aku ngk ko telan ek..sdp nmpk nye nok.tp mls la nak buat..hehe

haJa*darLingZ said...

hah...ape kate pasni kak as buatkan tuk org plak...huhu

Ada Ayrissa said...

wahhh..cam best je....
leh ar try nnt..
tq yaaa...

Khas Lysha said...

ita.itu:.. ui.. sedap giler.. mmg mabeles la.. tak jual kat mana2. he he

haja darlingz:.. nnt akak buat ko dtg umah yo!..

ada ayrissa:.. mmg best try la..

* ayu * said...

amboi tukang test.....ni yg jeles nih!